Skip to Content

Tanggungjawab Majikan

Pematuhan & Pembetulan

Ketahui lebih lanjut mengenai cara Majikan mematuhi tanggungjawab dalam memastikan kebajikan persaraan Pekerja serta membuat pembetulan bagi sebarang pembayaran caruman yang tertunggak. 

Ketidakpatuhan & Penguatkuasaan

Majikan melakukan kesalahan jika:

  

Memberikan dokumen, kenyataan dan pengisytiharan yang palsu

  

Gagal membayar sebarang tunggakan kepada TAP.


​


  

Gagal mematuhi Akta Tabung Amanah Pekerja, Perintah Amanah Pencen Caruman Tambahan dan National Retirement Scheme Order.

  

Gagal membayar caruman TAP pada tarikh yang ditetapkan



Kegagalan membayar caruman mengikut tempoh yang ditetapkan

Majikan akan dikenakan penalti.

(a) Sebelum 15 Julai 2023 – Membayar caj kerugian dividen, caj lewat pembayaran dan caj perkhidmatan yang dikenakan.

(b) Selepas 15 Julai 2023- Membayar caj kerugian dividen dan caj perkhidmatan yang dikenakan.

Seksyen 8(3) Akta Amanah Pekerja

Seksyen 10(1) Akta Amanah Pekerja

Seksyen 10(3) Perintah Amanah Pencen Caruman Tambahan

Seksyen 12(1) Perintah Amanah Pencen Caruman Tambahan

Seksyen 11(4) National Retirement Scheme Order

Seksyen 43(1) National Retirement Scheme Order

Tatacara membuat pembayaran penalti



Log masuk ke e-Amanah


Tekan Outstanding Penalty pada papan pemuka untuk memaparkan penalti bagi mana-mana bulan caruman yang berstatus ‘Unpaid’ serta melihat jumlah yang perlu dibayar.


Buat pembayaran penalti melalui Perbankan Mudah Alih/Internet, CDM atau CQM


Setelah pembayaran dibuat, semak baki dalam e-Amanah, kemudian tekan ‘Submit’ untuk melengkapkan penghantaran pembayaran penalti.


Pembayaran balik caruman

Majikan boleh membuat permohonan pembayaran balik bagi:


Membuat kesilapan semasa membayar caruman pekerja yang merupakan ahli yang sedia ada.

Kesilapan membuat pembayaran caruman bagi Pekerja yang tidak layak menyertai Skim SPK dan Skim TAP/SCP (bukan Ahli SPK/TAP/SCP).

Pekerja yang tidak layak didaftarkan dan dicarumkan ke dalam skim adalah seperti berikut:

  • Pekerja yang menerima Pencen Kerajaan tidak layak menyertai Skim SCP.

  • Pekerja yang memegang Kad Pengenalan Hijau tidak layak menyertai Skim SPK, TAP dan SCP.

  • Pekerja yang berumur di bawah 18 tahun tidak layak menyertai Skim SCP.

  • Pekerja yang sedang berkhidmat di bawah Perkhidmatan Pencen Kerajaan.

  • Pekerja yang berumur di bawah 16 tahun tidak layak menyertai Skim TAP dan SPK.

Sebarang lebihan pembayaran akan dipaparkan dalam ‘Balance’ Majikan yang terdapat di bahagian bawah halaman Senarai Pembayaran Caruman.

Majikan boleh merujuk kepada Panduan Permohonan Pembayaran Balik Caruman yang tersedia di dalam e-Amanah.