Skip to Content

Skim Persaraan Kebangsaan

Gold Generation (Umur 60 dan ke atas)

SPK Gold Basic

Ketahui lebih lanjut mengenai dengan ahli SPK Gold Generation yang merupakan Penduduk Tetap (mempunyai kewarganegaraan lain) yang diserapkan secara automatik ke SPK setelah pelancaran skim tersebut.

Manfaat SPK Gold Basic 

Ahli yang merupakan  Penduduk Tetap (yang memegang warganegara lain) adalah layak untuk menerima manfaat-manfaat daripada Akaun Persaraan SPK seperti berikut:



Menerima anuiti selama 20 tahun atau sehingga baki simpanan habis.

Anuiti minimum sebanyak 
BND500 sebulan

Bayaran anuiti berdasarkan jumlah keseluruhan baki SCP sebelum penyerapan ke SPK.

Perkara yang perlu diketahui mengenai anuiti ahli SPK Gold


Ahli yang mempunyai simpanan SCP DI ATAS BND12,000.00 (sebelum ditukarkan SPK):


Sekiranya SCP telah dikeluarkan dan ahli telah menerima SCP bulanan:

Ahli akan menerima  anuiti sebanyak BND500 sebulan sehingga baki simpanan persaraan tersebut habis digunakan.


Sekiranya SCP belum dikeluarkan semasa umur 60 tahun:

Jumlah anuiti SCP yang dikira secara kebelakangan dari umur 60 tahun sehingga Jun 2023 akan dikreditkan sepenuhnya ke Akaun Ahli SPK dan boleh dikeluarkan sepenuhnya. Pengeluaran adalah tertakluk kepada persyaratan Akaun Ahli SPK.


Baki selepas pelaksanaan SPK pada 15 Julai 2023 akan dikreditkan ke Akaun Persaraan SPK. Ahli akan menerima bayaran anuiti sebanyak BND500.00 sebulan sehingga baki simpanan persaraan habis digunakan.

Ahli SCP yang mempunyai simpanan DI BAWAH BND12,000.00 (sebelum ditukarkan ke SPK):


Sekiranya SCP telah dikeluarkan secara penuh::

Ahli tidak lagi mempunyai baki dalam Akaun Persaraan SPK kerana keseluruhan baki SCP telah dikeluarkan.

Sekiranya SCP belum pernah dikeluarkan semasa umur 60 tahun:

Baki akan dikreditkan ke Akaun Ahli SPK, dan pengeluaran adalah tertakluk kepada persyaratan Akaun Ahli SPK.