Manfaat Penamaan Pentadbir
Penamaan Pentadbir adalah dibolehkan bagi Ahli SPK bagi memastikan terdapat seorang Pentadbir untuk dipertanggungjawabkan untuk mengagihkan baki akaun ahli sekiranya ahli tersebut meninggal dunia.
Ahli SPK boleh melantik Pentadbir yang dipercayai untuk mengagihkan baki akaun mereka kepada waris yang berhak.
Proses pengeluaran baki akaun dipermudahkan dan dipercepatkan kerana Pentadbir yang dinamakan boleh membuat permohonan Pengeluaran Hak Waris.
Pembayaran pengeluaran akan dibuat terus kepada Pentadbir yang dilantik untuk diagihkan kepada waris yang berhak.
Perkara yang perlu diketahui ahli mengenai pembayaran pengeluaran kepada pentadbir yang dilantik
Keutamaan Pentadbir:
Ahli boleh menentukan keutamaan Pentadbir, iaitu daripada Pentadbir Pertama hingga Pentadbir Ketiga.
Pembayaran kepada Pentadbir Pertama:
Sekiranya Ahli meninggal dunia, baki simpanan atau baki Manfaat Turunan ahli akan dibayar kepada Pentadbir Pertama yang dilantik dan bertanggungjawab mengagihkan jumlah tersebut kepada waris yang berhak.
Pentadbir Kedua:
Sekiranya Pentadbir Pertama yang dinamakan tidak dapat menjalankan tugas sebagai Pentadbir disebabkan kematian, ketidakwarasan fikiran atau ketidakupayaan fizikal/pergerakan, Pentadbir seterusnya yang dinamakan (jika ada) akan menerima baki simpanan atau baki Manfaat Turunan ahli.
Sekiranya tiada Pentadbir dinamakan atau Pentadbir tidak dapat menjalankan tugasnya,
Waris adalah dikehendaki mendapatkan Surat Pelantikan Pentadbir daripada Pejabat Waris atau Sijil Faraid daripada Mahkamah Syariah.
Pembayaran akan dibuat kepada Pentadbir yang dilantik oleh Pejabat Waris atau kepada waris yang dinyatakan dalam Sijil Faraid daripada Mahkamah Syariah.
Bagi bukan Islam, pembayaran akan dibuat mengikut wasiat atau, sekiranya tiada wasiat, mengikut undang-undang berkaitan pewarisan tanpa wasiat(intestate succession).