Skip to Content



SCP Meninggalkan Negara

Ketahui lebih lanjut mengenai dengan persyaratan dan kelayakan pengeluaran SCP meninggalkan negara.

SCP Meninggalkan Negara


Ahli yang menangguhkan penyertaan ke SPK dan melepaskan kewarganegaraan Negara Brunei Darussalam serta berhijrah ke luar negara sebelum mencapai umur 55 tahun adalah layak untuk membuat pengeluaran daripada Akaun SCP.


Semasa membuat permohonan pengeluaran, Ahli hendaklah mengambil maklum mengenai perkara-perkara berikut:


  • Ahli masih dikehendaki mengemukakan dokumen yang membuktikan bahawa Ahli merupakan warganegara Negara Brunei Darussalam bagi tujuan permohonan pengeluaran, seperti salinan Kad Pengenalan Brunei Ahli.


  • Ahli juga dikehendaki mengemukakan dokumen yang membuktikan bahawa Ahli telah disahkan sebagai warganegara negara lain.

Kelayakan

Umur


Di bawah 60 tahun

Jumlah


100% daripada simpanan akaun SCP

Tatacara Pembayaran

Dibayarkan secara

penuh

ke akaun yang didaftarkan di bawah nama ahli.

Dokumen yang diperlukan

Ensure the documents required are complete before proceed with submission.

 Borang permohonan pengeluaran yang lengkap.

  1. Salinan Kad Pengenalan.

  2. Salinan Surat Pengesahan Kerakyatan Asing.

  3. Salinan deklerasi penyerahan kerakyatan

  4. Salinan penyata akaun bank terkini atau buku akaun bank Pemohon – bagi pembayaran melalui Bank Tempatan.

  5. Bagi ahli atau waris yang memohon untuk pembayaran menggunakan Pemindahan Telegrafik kepada akaun banknya, hendaklah disertakan maklumat berikut:

    1. Surat mengenai tujuan untuk pengeluaran dibayar melalui pengkreditan terus DAN bersetuju bahawa sebarang caj dari bank akan di bayar oleh ahli.

    2. Buku bank ahli (jika ada).

    3. Surat pengesahan dari bank ahli menyatakan bahawa ahli mempunyai akaun dengan bank itu.

    4. Alamat rumah.

    5. Clearing code bank / Alamat swif (ahli hendaklah bertanya kepada bank).

    6. Nama penuh dan akaun nombor bank ahli yang dikreditkan terus pengeluarannya.

    7. Alamat bank.

Borang Pengeluaran

Tekan untuk muat-turun


Borang Permohonan Pengeluaran SCP Meninggalkan Negara