Tabung Amanah Pekerja Payment Counter Closure at Headquarters Branch on the 29 June 2024

29 June 2024

Tabung Amanah Pekerja (TAP) ingin memaklumkan bahawa Perkhidmatan kaunter pembayaran cawangan Ibu Pejabat TAP, di Bangunan PGGMB Bandar Seri Begawan akan ditutup pada hari Sabtu, 29 Jun 2024 bagi penutupan setengah tahun kewangan bank bagi tahun 2024. 

Walaubagaimanapun, perkhidmatan kaunter pertanyaan, kaunter pendaftaran, perkhidmatan dalam talian TAP, e-Amanah (www.tap.com.bn) dan kiosk e-Info TAP akan terus beroperasi seperti biasa. 

Bagi ahli Skim Tabungan Perumahan (STP), pembayaran caruman bagi bulan Jun bolehlah dibuat melalui perbankan atas talian selewat-lewatnya pada hari Ahad, 30 Jun 2024. 

Perkhidmatan kaunter pembayaran bagi cawangan Ibu Pejabat TAP akan kembali beroperasi seperti biasa pada hari Isnin, 01 Julai 2024. 

Pihak TAP amat menghargai kerjasama yang diberikan dan sebarang kesukaran yang mungkin dihadapi. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan TAP di talian 272 2929 atau melalui emel ask@tap.com.bn semasa waktu bekerja. Bagi mengetahui perkembangan terkini, ikuti laman media sosial Tabung Amanah Pekerja (TAP) melalui Facebook atau @TAP_Brunei melalui Instagram. 



in News
Opinion Page Borneo Bulletin Response - Seven months into working and no contribution to SPK yet