Tabung Amanah Pekerja attended ISSA Regional Social Security Forum for Asia and the Pacific 2024 in Saudi Arabia

06 December 2024

Tabung Amanah Pekerja (TAP) telah menghadiri International Social Security Association (ISSA) Regional Social Security Forum for Asia and the Pacific (RSSF Asia-Pacific) pada 3 hingga 5 Disember 2024 di Riyadh, Arab Saudi yang dihoskan oleh General Organization for Social Insurance (GOSI), Arab Saudi. Forum ini adalah satu platform bagi pakar-pakar keselamatan sosial mengongsikan pendekatan yang universal, berdayatahan dan mencukupi dalam konteks keselamatan sosial yang kian berkembang. Rombongan TAP terdiri daripada Awang Haji Md Adfarul bin Haji Maz Adanan, Pengarah Urusan serta pegawai-pegawai TAP.

Sesi forum diisikan dengan perkongsian perkembangan, kepentingan serta cabaran yang dihadapi dalam perspektif keselamatan sosial di Rantau Asia Pasifik. TAP juga telah dianugerahkan dengan ISSA Good Practice Award for Asia and the Pacific Competition 2024 Certificate of Merit dibawah tajuk Transforming Brunei’s retirement landscape: National Retirement Scheme. Anugerah tersebut disampaikan oleh Presiden ISSA, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman bin Dato’ Aziz Mohammed kepada Pengarah Urusan TAP. Anugerah ini adalah merupakan pengiktirafan peringkat antarabangsa bagi penambahbaikan dan juga reka bentuk Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) untuk mencapai kedayatahanan, inklusiviti, dan memastikan anuiti sehingga sepanjang hayat kepada ahli-ahli yang produktif.

Forum diteruskan pada hari berikutnya dengan pembentangan berkaitan dengan amalan terbaik dan pendekatan yang inovatif dalam mendokong objektif keselamatan sosial melalui kaedah dan perkhidmatan yang disediakan. TAP juga turut menyampaikan pembentangan yang disampaikan oleh Pengarah Urusan TAP mengenai Transforming Brunei’s Retirement Landscape: National Retirement Scheme, yang memperkenalkan Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) serta langkahlangkah yang telah diambil untuk mempertingkatkan kecukupan persaraan dan memastikan bahawa ianya akan sentiasa dapat menghadapi cabaran-cabaran ekonomi, pelaburan serta demografi di Negara Brunei Darussalam.

ISSA telah ditubuhkan pada tahun 1927 di bawah naungan International Labour Organization (ILO) yang berpusat di Geneva, Switzerland dan adalah sebuah organisasi antarabangsa terkemuka di dunia berkaitan keselamatan sosial. Kini, ISSA mempunyai lebih 320 ahli institusidari lebih 160 buah negara.

in News
Tabung Amanah Pekerja Participates in 41st ASSA Board Meeting