Apakah Program Pensijilan Perancangan Persaraan?
Kursus Pensijilan Perancangan Persaraan (RPCP) adalah kursus lanjutan yang disasarkan kepada pengamal perancangan kewangan. Ia menyediakan pengetahuan komprehensif mengenai skim TAP, dengan penekanan khusus kepada Skim Persaraan Kebangsaan (SPK). Peserta akan diberikan kemahiran bagi membolehkan mereka mengintegrasikan pengetahuan khusus ini ke dalam konsultasi perancangan persaraan, dan seterusnya meningkatkan amalan profesional dalam senario kehidupan sebenar klien mereka.
Kursus ini diadakan selama empat (4) hari, dengan pembelajaran terdiri daripada enam (6) modul, diikuti dengan peperiksaan selama 2.5 jam pada hari kelima. Untuk mendapatkan sijil TAPCERT, peserta mesti menyelesaikan kesemua kelas dan lulus peperiksaan.
Setelah berjaya melengkapkan program tersebut, pengamal perancang kewangan akan diberikan pengiktirafan TAPᶜᴱᴿᵀ. Dengan kelayakan ini, mereka diakreditasi oleh TAP untuk memberikan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai mengenai skim-skim TAP, serta membantu di dalam penyediaan Perancangan Persaraan klien mereka.
Pensijilan TAPᶜᴱᴿᵀ bagi pengamal-pengamal perancang kewangan adalah sah selama setahun setelah lulus peperiksaan. Dasar ini adalah bagi memastikan pengamal yang diakreditasi sentiasa peka dengan perkembangan terkini, mengekalkan piawaian amalan yang tinggi, dan mematuhi peraturan serta garis panduan semasa. Ianya adalah bagi menggalakkan pembangunan profesional yang berterusan dan memupuk komitmen terhadap kecemerlangan dan kualiti sebagai perancang persaraan.


Objektif RPCP
- Meningkatkan kemahiran di dalam perancangan persaraan, terutama di dalam konteks SPK.
- Memastikan maklumat yang disampaikan kepada orang ramai adalah tepat dan boleh dipercayai.
- Meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan perancangan persaraan.
Dengan TAPᶜᴱᴿᵀ, orang ramai boleh merasa lebih yakin ketika mendapatkan nasihat Perancangan Persaraan, terutama di dalam konteks SPK, daripada profesional yang diakreditasi ini.

Manfaat RPCP
Memastikan pemegang TAPᶜᴱᴿᵀ sentiasa menerima maklumat terkini mengenai skim-skim TAP, amalan praktikal, dan produk, melalui perkongsian maklumat eksklusif atau melalui kursus 'refresher'.
Memaparkan (maklumat) pemegang TAPᶜᴱᴿᵀ yang diperakui dan disahkan di media sosial dan platform online rasmi TAP – sebagai professional yang diiktiraf untuk konsultasi perancangan persaraan.
Siapa yang berkelayakan untuk menyertai program ini?
Program ini disediakan untuk pengamal perancang kewangan yang aktif dalam memberikan kesedaran literasi kewangan kepada klien dan/atau orang ramai. Pengamal perancang kewangan yang boleh menyertai program ini adalah seperti berikut:
Pengamal Perancang Kewangan
Individu atau wakil dari institusi kewangan.
Perancang Kewangan yang diiktiraf
Perancang Kewangan Bertauliah (CFP), Perancang Kewangan Bersekutu (AFP), Perancang Harta Bersekutu (AWP), Peserta yang telah lulus Financial Planning Practitioner Program (FPPP di bawah BILIF).
Pekerja dari institusi kewangan tempatan
Contoh seperti pekerja yang bekerja di bank atau syarikat insurans.
Sijil lain
Tertakluk kepada kelulusan dan kebenaran yang diberikan oleh Jawatankuasa RPCP.
Senarai Pemegang TAPᶜᴱᴿᵀ yang Diiktiraf
Dikemaskini setakat Februari 2025