Sebagai Majikan, caruman dan sokongan ke arah kebajikan
dan keselamatan sosial akan membantu Pekerja dalam jangka
masa panjang. Adalah penting untuk memahami
tanggungjawab sebagai Majikan bagi mencapai matlamat
keselamatan sosial ini. Dengan itu, kita dapat bekerjasama
dengan Majikan untuk memberikan impak kepada keselamatan
sosial yang lebih mampan dalam mencapai Wawasan Brunei
2035; kualiti kehidupan yang tinggi.
Tanggungjawab Majikan
Pastikan mendaftar sebagai Majikan
Syarikat yang telah didaftarkan ke Registry of Companies and Business Names (ROCBN) akan secara automatik didaftarkan ke TAP.
Syarikat yang telah berdaftar sebelum 2009 hendaklah membuat permohonan sebagai Majikan melalui portal perkhidmatan dalam talian (online) TAP, e-Amanah.
Pastikan Pekerja didaftar
Bagi pendaftaran Pekerja yang sedia ada (Pekerja yang telah berdaftar ke TAP): Sila log masuk ke e-Amanah untuk mengemaskini keterangan Pekerja.
Bagi pendaftaran Ahli Baru (Pekerja yang belum pernah didaftarkan ke TAP): Sila log masuk ke e-Amanah untuk mendaftar Pekerja dan muat naik salinan kad pengenalan Ahli (Pekerja).
Majikan bertanggungjawab untuk membuat
caruman ke TAP bagi Majikan dan Pekerja
Nota:
Semua urusan mengenai Pekerja seperti pendaftaran dan pembayaran caruman boleh dibuat melalui portal perkhidmatan dalam talian (online) TAP, e-Amanah.
Kelayakan Pendaftaran Pekerja
Kewarganegaraan
Warganegara dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam.
Umur
Di bawah 60 tahun
Jenis-Jenis Pekerja
- Menteri dan Timbalan Menteri
- Duta Besar
- Pesuruhjaya Tinggi
- Konsul Jeneral
- Konsul
- Bekas Memegang Jawatan Skim Pencen Kerajaan (GPS)
- Pengarah
- Pekerja Tetap
- Pekerja Sementara
- Pekerja Sambilan
- Pekerja Kontrak
- Pekerja dalam Tempoh Percubaan
- Pekerja Perantisan
- Pekerja Latihan Industri Berbayar (Paid internship)
Pendaftaran ke TAP adalah mandatori bagi semua pekerja yang memenuhi persyaratan pendaftaran tanpa mengira jenis pekerjaan tempoh kontrak, atau status tempoh percubaan.
Caruman Majikan
Borang
Borang Pendaftaran & Pindaan Majikan (TAP/SCP)
Permohonan Nombor Akaun Bank TAP
Bayaran Balik Caruman
