Tanggungjawab Majikan

Pembayaran Caruman yang Lengkap

Ketahui lebih lanjut tanggungjawab yang diwajibkan ke atas Majikan dalam mencarum untuk kebajikan  persaraan Pekerja.

Senarai Pembayaran Caruman yang Lengkap


 Bayar caruman secara dalam talian dan simpan resit pembayaran.


Kemas kini Senarai Pembayaran Caruman dan muat naik Resit Pembayaran ke dalam e-Amanah.


Click ‘Submit’ in e-Amanah. Ensure the status has changed to 'PENDING'.

Note: Payment will not be processed if you click ‘Save’ (Status: 'NEW'). 

To ensure that ​the contribution payment is successful, the status will changed to 'APPROVED'.​


Pembayaran hendaklah dibuat tidak lewat dari 15 haribulan berikutnya.

Note: 

If the status in e-Amanah Contribution Payment Listing is:


  • 'OVERDUE' means contribution file listing has not been submitted.
  • 'RETURNED' means contribution payment listing has been returned due either no payment was received, or there was a shortfall in the payment received (i.e., the amount paid was insufficient).

Pembayaran Lengkap

Pembayaran


&

Hadapkan Senarai Pembayaran Caruman​

Pembayaran Tidak Lengkap

Pembayaran


&

Tidak menghadapkan Contribution Payment Listing

Pembayaran caruman yang lengkap ialah pembayaran caruman beserta menghadapkan Senarai Penbayaran Caruman tidak lewat dari 15 haribulan berikutnya.

Majikan yang gagal untuk melengkapkan pembayaran caruman dalam tempoh yang ditetapkan adalah dianggap tidak membuat pembayaran yang lengkap dan akan dikenakan denda.

Soalan-soalan lazim

Tidak, Majikan tidak perlu mendaftarkan semula Pekerja mereka untuk SPK. Sebaik sahaja SPK dilaksanakan, Pekerja akan ditukar secara automatik kepada SPK. Walau bagaimanapun, bagi Pekerja yang telah memilih untuk menangguhkan penyertaan mereka dan berumur antara 50 hingga 59 tahun, mereka akan ditukar secara automatik kepada SPK selepas mereka membuat pengeluaran TAP mereka pada usia 55 tahun.

Tidak. Awda tidak perlu mendaftarkan Pekerja awda ke SPK. Ahli yang berumur antara 50 – 59 tahun diberi pilihan samada untuk menyertai SPK serta-merta atau menangguhkan penyertaan kepada SPK. Jika Ahli menyertai SPK serta-merta, Akaun TAP dan SCP mereka akan ditukar kepada Akaun SPK secara automatik. Jika Ahli memilih untuk menangguhkan menyertai SPK, Akaun TAP dan SCP mereka akan kekal aktif sehingga mereka mengeluarkan TAP55 mereka. Awda perlu merujuk kepada Pekerja awda mengenai pilihan mereka untuk mengelakkan caruman yang salah. Ini juga akan dipaparkan dalam e-Amanah apabila awda ingin membayar caruman Pekerja awda.

Ya. Pekerja di bawah umur 60 tahun yang menerima Pencen Perkhidmatan Kerajaan pada masa inmi dan kembali bekerja di sektor Kerajaan atau swasta hendaklah didaftar dan mencarum ke dalam SPK.

Tidak, Majikan tidak perlu mendaftarkan Pekerja ini. Pekerja yang telah memilih untuk menyertai SPK serta-merta akan ditukar secara automatik kepada SPK. Sementara itu, mereka yang belum membuat sebarang keputusan akan kekal dalam skim TAP dan SCP.

Tiada lagi had caruman mandatori maksima bagi SPK. Caruman adalah berdasarkan jumlah penuh mengikut kadar yang ditetapkan untuk pekerja dan Majikan, dengan caruman minima $57.50 untuk Majikan.

Kadar caruman akan diselaraskan mengikut kadar caruman SPK sebanyak 8.5% tanpa had. Caruman akan disalurkan ke Akaun Ahli dan pengeluaran penuh di bawah akaun ini boleh dibuat sebaik sahaja Ahli mencapai umur 60 tahun.

Selepas pelaksanaan SPK pada bulan Julai 2023, kadar caruman akan diselaraskan mengikut kadar caruman SPK, iaitu 8.5% daripada gaji pokok Ahli tanpa had caruman minima atau maksima. Kadar caruman daripada Majikan juga akan berdasarkan dari jumlah gaji Pekerja. Walau bagaimanapun, bagi Pekerja yang berumur antara 50 hingga 59 tahun yang belum membuat keputusan untuk menyertai SPK, mereka akan kekal dalam skim TAP dengan kadar caruman sebanyak 5% bagi kedua-dua pekerja dan Majikan. Ahli-ahli ini akan ditukar secara automatik kepada SPK selepas mereka membuat pengeluaran TAP55 (jika mereka terus bekerja) mengikut kadar caruman SPK.

Selepas Ahli mengeluarkan TAP55, yang terdiri daripada jumlah gabungan caruman Ahli dan Majikan. Selepas Ahli ditukar kepada SPK, ini akan memberi kesan kepada jumlah Anuiti SPK mereka untuk persaraan mereka nanti. Untuk mendapatkan jumlah Anuiti SPK yang optima, Ahli mempunyai pilihan untuk top-up bahagian caruman Majikan yang telah dikeluarkan.


Walau bagaimanapun, top-up ini tidak dimestikan dan Ahli akan masih menerima Anuiti SPK yang lebih baik semasa persaraan mereka.