Apakah dia tujuan Pengeluaran Skim?
Ahli dibolehkan untuk membuat pengeluaran daripada akaun mereka apabila telah mencapai syarat kelayakan bagi pengeluaran.
Objektif pengeluaran skim ini adalah untuk membolehkan Ahli menggunakan simpanan bagi keperluan sebelum persaraan. Antara tujuan keperluan pengeluaran adalah untuk memiliki rumah, melangsaikan atau mengurangkan jumlah hutang, dana pembelajaran anak, pelaburan untuk masa depan dan banyak lagi.
Peringatan Literasi Kewangan:
Fokus pada keperluan semasa membuat perancangan pengeluaran. Pengeluaran akan mengurangkan simpanan untuk kegunaan semasa umur 60 tahun.
Jenis Pengeluaran SPK
Pengeluaran SPK Perumahan
Pengeluaran SPK Umur
Pengeluaran SPK 55+
Pengeluaran SPK Hilang Upaya
Pengeluaran SPK Penyakit Terminal
Pengeluaran SPK Melucutkan Kerakyatan
Pengeluaran SPK Hak Waris
Pengeluaran bagi Ahli SPK Silver Generation Umur 50 - 55 (Lahir pada 1968 - 1973)
Ahli yang berumur 50-55 tahun (lahir pada 1968-1973) yang telah menangguhkan penyertaan ke SPK masih di dalam skim TAP dan SCP. Jadi Ahli SPK Silver Generation ini masih mengikut terma dan syarat kelayakan pengeluaran bagi skim TAP dan SCP. Apabila diperlukan dan berkelayakan, Ahli dibolehkan untuk membuat pengeluaran-pengeluaran berikut sebelum berpindah ke skim SPK.
Pengeluaran Skim TAP
Pengeluaran TAP Perumahan
Pengeluaran TAP 55 Tahun
Pengeluaran TAP Meninggalkan Negara
Pengeluaran TAP 50 Tahun
Pengeluaran TAP Hilang Upaya
Pengeluaran TAP Hak Waris
Pengeluaran Skim SCP
Pengeluaran SCP Meninggalkan Negara