​Pengeluaran TAP 50 Tahun​

Ketahui lebih lanjut mengenai syarat kelayakan Pengeluaran TAP 50 Tahun.

Pengeluaran TAP 50 Tahun


Ahli yang menangguhkan penyertaan ke SPK yang belum membuat Pengeluaran TAP 50 tahun apabila mencapai 50 tahun masih dibolehkan untuk mengeluarkan simpanan akaun TAP. Ahli digalakkan untuk merancang pengeluaran berdasarkan keperluan sebelum or semasa persaraan dan membelanjakan simpanan yang dikeluarkan dengan berhemat.


Pengeluaran TAP 50 Tahun boleh dikeluarkan untuk apa saja keperluan dan tidak terhad kepada berikut:

  • Pendidikan anak.

  • Keperluan rumah.

  • Simpanan tambahan untuk menunaikan ibadah Haji atau Umrah. 

  • Pelaburan untuk menjamin persaraan atau pendapatan.

  • Melangsaikan atau mengurangkan hutang sebelum persaraan.

  • Lain-lain.

Kelayakan

Umur


45-59 Tahun​

Jumlah


25% daripada baki Akaun TAP.

Tatacara Pembayaran

Dibayar

secara keseluruhan

kepada Ahli

Dokumen yang Diperlukan

Pastikan dokumen yang diperlukan adalah lengkap sebelum menyerahkan permohonan.

 Borang yang lengkap.


  1. Salinan Kad Pengenalan Ahli.
  2. Salinan butiran/penyata akaun bank atau buku bank Ahli yang terkini.

Borang Permohonan

Tekan untuk muat turun