Apakah Tujuan Pengeluaran Skim?
Semua Ahli dibolehkan untuk membuat pengeluaran dari akaun mereka apabila telah mencukupi terma dan syarat kelayakan.
Objektif pengeluaran skim adalah untuk membolehkan Ahli mengeluarkan simpanan untuk keperluan sebelum persaraan seperti memiliki rumah, melangsaikan atau mengurangkan hutang, untuk pendidikan anak, pelaburan untuk masa depan dan lain-lain.
Peringatan Bersama Literasi Kewangan:
Fokus pada keperluan apabila awda merancang untuk pengeluaran. Dengan membuat pengeluaran, ia akan mengurangkan simpanan awda semasa umur 60 tahun nanti.
Jenis Pengeluaran SPK
Pengeluaran SPK Perumahan
Pengeluaran SPK Umur
Pengeluaran SPK 55+
Pengeluaran SPK Hilang Upaya
Pengeluaran SPK Penyakit Terminal
Pengeluaran SPK Melucutkan Kerakyatan
Pengeluaran SPK Hak Waris
Pengeluaran Skim Bagi Ahli SPK Silver Generation Age 50 - 55 yang Menangguhkan (lahir diantara tahun 1968 - 1973)
Ahli dalam kategori umur ini (lahir diantara 1963 - 1973) yang menangguhkan penyertaan ke SPK adalah masih dalam skim TAP dan SCP. Jadi pengeluaran skim bagi Ahli SPK Silver Generation ini masih mengikut terma dan syarat skim TAP dan SCP, dan bila berkelayakan dan perlu, dibolehkan untuk membuat pengeluaran-pengeluaran berikut sebelum menyertai SPK.
Pengeluaran Skim TAP
Pengeluaran TAP Perumahan
Pengeluaran TAP 50 Tahun
Pengeluaran TAP 55 Tahun
Pengeluaran TAP Hilang Upaya
Pengeluaran TAP Meninggalkan Negara
Pengeluaran TAP Hak Waris
Pengeluaran Skim SCP
Pengeluaran SCP Meninggalkan Negara