Pengeluaran TAP Hilang Upaya

Ketahui lebih lanjut mengenai syarat kelayakan Pengeluaran TAP Hilang Upaya.

Pengeluaran TAP Hilang Upaya


Ahli yang menangguhkan penyertaan ke SPK boleh mengeluarkan simpanan akaun TAP sekiranya telah disahkan hilang keupayaan untuk bekerja dari segi mental dan fizikal oleh pihak Lembaga Perubatan dan memenuhi persyaratan.


Ahli hilang keupayaan yang ingin memohon pengeluaran ini hendaklah menagmbil maklum perkara berikut:


  • Ahli hendaklah mendapat pengesahan tidak berupaya untuk bekerja daripada Lembaga Perubatan.


  • Pembayaran pengeluaran simpanan kepada Ahli adalah secara keseluruhan.


  • Ahli akan menggunakan simpanan sendiri daripada akaun TAP untuk bersara awal sehingga umur 60 tahun sebelum boleh mengeluarkan Akaun Persaraan SPK setelah berpindah ke skim SPK.

Kelayakan

Umur


 Di bawah 60 Tahun

Jumlah


100% daripada baki akaun TAP.

Tatacara Pembayaran

Dibayar

secara keseluruhan kepada Ahli

Dokumen yang Diperlukan

Pastikan dokumen yang diperlukan adalah lengkap sebelum menyerahkan permohonan.

 A complete withdrawal application form.


  1. Salinan Kad Pengenalan Ahli.

  2. Salinan Surat Berhenti Bekerja (jika ada).

  3. Laporan Lembaga Perubatan.

  4. Permohonan Pelantikan Penjaga Harta ad-Litem bagi Ahli yang disahkan berpenyakit mental dari:

    1. Mahkamah Sivil bagi Ahli yang bukan beragama Islam.
    2. Mahkamah Syariah bagi Ahli yang beragama Islam.
  5. Surat Aku Janji oleh penjaga Ahli yang disahkan tidak berupaya atau tidak sempurna akal (jika diperlukan).
  6. Salinan buku bank dan penyata Ahli.

Borang Permohonan

Tekan untuk muat turun