Perancangan Persaraan

Ketahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan dan aktiviti perancangan persaraan yang disediakan oleh TAP.

Perkhidmatan Persaraan


TAP menyediakan perkhidmatan yang memfokuskan kepada perancangan persaraan bagi Ahli membuat persediaan untuk hari persaraan. Perkhidmatan ini termasuk membimbing dan membarigakan kesedaran akan kepentingan perancangan persaraan serta menawarkan konsultasi untuk persiapan bagi simpanan persaraan.

Perkhidmatan

Perancangan Persaraan


Sila buat temu janji dengan Perancang Persaraan untuk mendapatkan bantuan konsultasi bagi perancangan persaraan awda. Kami akan membantu awda untuk menilai simpanan persaraan mengikut matlamat persaraan awda.

Bengkel dan Taklimat


Pelbagai bengkel perancangan persaraan umum dan komprehensif untuk memenuhi kumpulan kecil atau besar. Awda boleh menjemput kami ke organisasi / institusi awda untuk sesi interaktif bersama penceramah yang diperakui kami. 

Caruman Sukarela


Tingkatkan simpanan persaraan dengan membuat caruman sukarela ke akaun skim SPK. Awda boleh membuat pembayaran caruman sukarela melalui Kaunter TAP, Portal e-Amanah TAP atau potongan gaji melalui Majikan awda.

Soalan-soalan lazim

Ahli yang berminat boleh membuat temu janji untuk konsultasi perancangan persaraan bersama Perancang Persaraan TAP, atau memohon untuk menjemput pihak TAP  memberikan taklimat atau mengadakan bengkel perancangan persaraan melalui Pusat Panggilan TAP di talian 272 2929 atau emel ke ask@tap.com.bn.