Program Pensijilan Perancangan Persaraan

Ketahui lebih lanjut mengenai program Perancangan Persaraan yang memberikan lebih penerangan pada pengetahuan mengenai TAP dan skim-skim di dalamnya untuk pengamal perancang kewangan.

Pengenalan


Selamat datang ke laman maklumat TAPᶜᴱᴿᵀ. Di TAP, keselamatan dan sekuriti Ahli adalah kepentingan utama kami. Oleh itu kami memperkenalkan TAPᶜᴱᴿᵀ, sebuah program pensijilan yang direka untuk melindungi dan memperkasakan komuniti kami.



Apa itu TAPᶜᴱᴿᵀ?


TAPᶜᴱᴿᵀ ialah program pensijilan yang komprehensif yang memastikan semua pengamal perancang kewangan mencapai tahap piawaian keselamatan, profesionalisme, dan tingkah laku beretika yang tinggi. Dengan memperolehi TAPᶜᴱᴿᵀ, pengamal perancang kewangan boleh menunjukkan komitmen pada nilai-nilai tersebut, memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan komuniti ini.

Kenapa TAPᶜᴱᴿᵀ diadakan?

Perlindungan bagi Ahli

TAPᶜᴱᴿᵀ diperkenalkan untuk melindungi ahli kami daripada risiko dan memastikan persekitaran yang selamat. Dengan memperakui pengamal kewangan, kami dapat mengesahkan kelayakan mereka dan mengekalkan tahap kepercayaan yang tinggi dalam komuniti kami.

Kepercayaan Komuniti

Pengamal perancang kewangan yang bersijil ialah pengamal yang boleh dipercayai. TAPᶜᴱᴿᵀ membantu membina rangkaian hubungan yang kukuh dan boleh dipercayai yang mana Ahli boleh mendapatkan nasihat dan perkhidmatan kewangan dengan yakin.


Piawaian Profesional

TAPᶜᴱᴿᵀ menetapkan piawaian untuk profesionalisme dan tingkah laku beretika. Ia membantu pengamal mematuhi amalan terbaik industri, meningkatkan kredibiliti dan reputasi mereka.

Penambahbaikan Berterusan

TAPᶜᴱᴿᵀ menggalakkan pembelajaran dan pembangunan berterusan. Pengamal dikehendaki sentiasa mengikuti piawaian dan perkembangan terkini dalam industri, memastikan mereka kekal kedepan dalam bidang mereka.

Kepentingan Membuat Perjumpaan dengan Pengamal Perancang Kewangan yang Diiktiraf TAPᶜᴱᴿᵀ

Pakar yang Diiktiraf

Pengamal TAPᶜᴱᴿᵀ yang diiktiraf telah menduduki latihan dan penilaian yang tegas untuk memastikan mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memberikan nasihat kewangan yang kukuh.

Tingkah Laku Beretika

Pengamal yang diiktiraf  mematuhi garispanduan etika yang ketat, memastikan hal-hal kewangan biskita menjadi keutamaan mereka.

Kebolehpercayaan dan Dipercayai

Dengan memilih pengamal TAPᶜᴱᴿᵀ yang diiktiraf, biskita berkeyakinan untuk bekerjsama dengan profesional yang komited untuk mengekalkan standard integriti dan kebolehpercayaan yang tertinggi.

Ketenangan Minda

Dengan mengetahui pengamal perancangan kewangan biskita adalah diiktiraf boleh memberikan ketenangan minda, membolehkan biskita untuk fokus pada matlamat kewangan tanpa kerisaun akan risiko yang berpotesi.

Mengenai Program Pensijilan Perancangan Persaraan (RPCP)

Pemegang TAPᶜᴱᴿᵀ yang diiktiraf dikehendaki untuk menghadiri dan lulus kursus Program Pensijilan Perancangan Persaraan (RPCP), sebuah kursus lanjutan yang disasarkan kepada pengamal perancangan kewangan. Ia menyediakan pengetahuan komprehensif mengenai skim TAP, dengan penekanan khusus kepada Skim Persaraan Kebangsaan (SPK). Peserta akan diberikan kemahiran bagi membolehkan mereka mengintegrasikan pengetahuan khusus ini ke dalam konsultasi perancangan persaraan, dan seterusnya meningkatkan amalan profesional dalam senario kehidupan sebenar klien mereka.


Objektif Program Pensijilan Perancangan Persaraan (RPCP)

Meningkatkan Kemahiran: Meningkatkan kemahiran untuk perancangan persaraan, terutama dalam konteks SPK.

Memastikan ketepatan: Memastikan maklumat yang diberikan sebagai pengamal perancangan kewangan adalah tepat dan berkebolehpercayaan.

Meningkatkan Kesedaran: Meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepentingan perancangan persaraan.

Manfaat TAPᶜᴱᴿᵀ

Profesional yang Diiktiraf

TAPᶜᴱᴿᵀ merupakan kelayakan yang diberikan kepada peserta selepas berjaya melengkapkan program tersebut. Dengan kelayakan ini, mereka diakreditasi oleh TAP untuk memberikan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai mengenai skim-skim TAP, serta membantu di dalam penyediaan Perancangan Persaraan klien mereka.

Pengemaskinian Berterusan

Pemegang TAPᶜᴱᴿᵀ sentiasa menerima maklumat terkini mengenai skim-skim TAP, amalan praktikal, dan produk, melalui perkongsian maklumat eksklusif atau melalui kursus 'refresher'.

Keyakinan Orang Awam

Dengan pengiktirafan TAPᶜᴱᴿᵀ orang ramai boleh merasa lebih yakin ketika mendapatkan nasihat Perancangan Persaraan, terutama di dalam konteks SPK, daripada profesional yang diakreditasi ini.


Ketahui Pengamal TAPᶜᴱᴿᵀyang Diiktiraf

Biskita boleh mendapatkan senarai pemegang TAPᶜᴱᴿᵀ yang diperakui dan diiktiraf di platform dan laman rasmi media sosial TAP. Profesional yang diiktiraf ini sedia membantu untuk konsultasi perancangan persaraan dan kesedaran literasi kewangan.

Senarai Pemegang TAPᶜᴱᴿᵀ yang Diiktiraf

Dikemaskini setakat Februari 2025

Bagi yang berminat untuk menyertai program ini, sila klik Hubungi ​Ka​mi.