Penipuan & Amaran

Berhati-hati dengan berita dan maklumat TAP yang tidak tepat.

Sentiasa Berwaspada!


Sila dapatkan pengesahan bagi apa yang biskita terima atau baca dari mana-mana saluran komunikasi yang bukan daripada pihak TAP secara rasmi, seperti mesej berantai, kiriman media sosial, pemberitahuan e-mel, blog palsu, penyamaran akaun atau kakitangan, laman sesawang clickbait, dan lain-lain.

Maklumat yang disebarkan melalui saluran tidak rasmi TAP boleh menyebabkan kekeliruan awam, hilang kepercayaan, tindakan yang salah arah, dan kerosakan reputasi.

Berwaspada dan elakkan daripada terpedaya dengan maklumat yang tidak disahkan atau mencurigakan. Pastikan sentiasa merujuk sumber yang betul untuk memastikan maklumat yang diperolehi adalah tepat dan dipercayai. Dengan adanya Pemegang Sijil TAP yang diakreditasi, biskita boleh menerima maklumat yang dikongsikan oleh individu-individu ini adalah tepat dan dipercayai. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Kurus Pensijilan Perancangan Persaraan.


Sekiranya biskita ada sebarang soalan, perlu penjelasan lanjut atau ingin melaporkan aktiviti penipuan, sila hubungi kami.

Orang ramai adalah diingatkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan bagi menyebarkan maklumat palsu di bawah Penggal 148 Akta Ketenteraman Awam Seksyen 34 iaitu sesiapa yang sama ada, menggunakan lisan atau tulisan atau menggunakan sebarang cara, menyebarkan laporan yang salah atau membuat kenyataan yang salah yang boleh menyebabkan ketenteraman awam terganggu boleh dipenjara 3 tahun dan denda sebanyak BND$3,000.00.