Objektif Skim Tabungan Perumahan
Objektif bagi skim tabungan ini ialah untuk menggalakkan orang ramai, khususnya rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang merupakan Ahli TAP, untuk memberikan keutamaan sewajarnya terhadap matlamat bagi memiliki rumah kediaman sendiri menurut kemampuan dengan mebudayakan sikap menabung.
Mulakan menyimpan untuk rumah idaman awda
Pastikan awda sudah mendaftar ke e-Amanah.
Mengenai Skim Tabungan Perumahan
Pengeluaran Skim Tabungan Perumahan
Bantuan Kewangan Memiliki Rumah
Tarik diri daripada Skim Tabungan Perumahan
Soalan-soalan lazim
Ya, bagi Ahli yang telah bertukar ke SPK boleh mendaftar ke STP dengan syarat Ahli memenuhi kelayakan seperti berikut:
• Rakyat Negara Brunei Darussalam yang memegang kad pengenalan kuning;
• Berumur 55 tahun dan ke bawah;
• Belum memiliki rumah sama ada bagi dirinya atau pasangannya;
• Tidak menerima pencen bulanan dari perkhidmatannya dengan Kerajaan.
Ya, Ahli dibolehkan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun Ahli SPK bagi tujuan Perumahan.
Ya. Awda boleh mengeluarkan baki awda dengan melengkapkan borang Pengeluaran Baki yang terdapat di laman sesawang TAP, www.tap.com.bn Ahli Pilih kategori skim Pengeluaran) dan hantar borang yang lengkap dan dokumen yang diperlukan ke mana-mana cawangan TAP.
Bagi Ahli yang telah mengeluarkan TAP55, Ahli akan ditukar kepada SPK sebaik dilaksanakan. Baki dalam akaun TAP Ahli disebabkan dividen akan dipindahkan ke Akaun Ahli. Manakala baki daripada caruman masing-masing akan dipindahkan ke Akaun Ahli dan Akaun Persaraan.
Ahli SCP yang menerima bayaran anuiti, sebaik SPK dilaksanakan, jumlah anuiti bulanan akan diselaraskan berdasarkan jumlah simpanan SCP mereka pada usia 60 tahun.
Simpanan di bawah Skim Tabungan Perumahan (STP) tidak akan terjejas dengan pelaksanaan SPK.