Caruman Skim Tabungan Perumahan
Jumlah caruman bulanan adalah tertakluk kepada kemampuan peserta skim ini.
Tiada caruman daripada Majikan diperlukan.
Panduan Caruman Secara Am:
Caruman adalah secara sukarela dan tidak dimestikan; awda boleh memilih untuk mencarum mengikut kemampuan kewangan awda.
Tiada jumlah caruman minimum atau maksimum.
Simpanan ke dalam skim ini akan menerima pulangan dividen.
Caruman dan pulangan dividen boleh dikeluarkan secara keseluruhan; akaun akan ditutup setelah pengeluaran dibuat.
Bantuan Kewangan sebanyak $25,000:
Bagi Ahli yang berkelayakan untuk mendapatkan Bantuan Kewangan sebanyak $25,000, terdapat caruman minimum yang diperlukan.
Untuk melayakkan diri mendapatkan bantuan ini, Ahli yang berkelayakan hendaklah mencarum secara konsisten setiap bulan tanpa gagal membuat simpanan secara bulanan.
Soalan-soalan lazim
Ya, bagi Ahli yang telah bertukar ke SPK boleh mendaftar ke STP dengan syarat Ahli memenuhi kelayakan seperti berikut:
• Rakyat Negara Brunei Darussalam yang memegang kad pengenalan kuning.
• Berumur 55 tahun dan ke bawah.
• Belum memiliki rumah sama ada bagi dirinya atau pasangannya.
• Tidak menerima pencen bulanan dari perkhidmatannya dengan Kerajaan.
Ya, Ahli dibenarkan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun Ahli SPK.
Ya. Awda boleh mengeluarkan baki awda dengan melengkapkan borang Pengeluaran Baki yang terdapat di laman sesawang TAP, www.tap.com.bn (Klik Menu Ahli Pilih kategori skim Pengeluaran) dan hantar borang yang lengkap dan dokumen yang diperlukan ke mana-mana cawangan TAP.
Bagi Ahli yang telah mengeluarkan TAP55, Ahli akan ditukar kepada SPK sebaik perlaksanaannya. Baki dalam akaun TAP Ahli disebabkan dividen akan dipindahkan ke Akaun Ahli. Manakala baki daripada caruman masing-masing akan dipindahkan ke Akaun Ahli dan Akaun Persaraan.
Ahli SCP yang menerima bayaran anuiti, sebaik SPK dilaksanakan, jumlah anuiti bulanan akan diselaraskan berdasarkan jumlah simpanan SCP mereka pada usia 60 tahun.
Simpanan di bawah Skim Tabungan Perumahan (STP) tidak akan terjejas dengan pelaksanaan SPK.