Manfaat 1:
Dividen yang Terjamin
3% setahun
untuk Ahli yang mencarum ke dalam akaun Skim Tabungan Perumahan.
Manfaat ini diberikan kepada peserta individu yang menerima gaji tidak lebih dari $6,000 sebulan.
Bagi peserta yang bergaji lebih dari $6,000, kadar dividen adalah mengikut dividen yang diisytiharkan oleh TAP.
Manfaat 2:
Bantuan Kewangan Memiliki Rumah sebanyak $25,000
Bantuan Kewangan di bawah Skim ini memberikan keistimewaan kepada peserta yang mempunyai purata gaji $2,000 sebulan atau pendapatan keluarga tidak melebihi $4,000 sebulan dalam masa 24 bulan kebelakangan dari tarikh permohonan.
Syarat Kelayakan untuk Bantuan Kewangan $25,000
Kelayakan Umur
Berumur tidak kurang dari 25 tahun semasa permohonan pengeluaran skim ini.
Bukan Pemilik Rumah
Tidak memiliki rumah untuk dirinya atau pasangannya.
Kekerapan Caruman
Telah membuat caruman secara konsisten dan secara terus sebagai Ahli TAP dan ke dalam Skim ini selama tidak kurang dari 48 bulan.
Kadar Caruman
Mencarum sekurang-kurangnya 5% daripada gaji pokok ke dalam Skim ini.
Pengeluaran TAP Perumahan
Belum pernah membuat pengeluaran daripada akaun TAP sebelum ini.
Nota:
Bagi peserta individu yang belum berkahwin, bantuan kewangan adalah separuh daripada yang diberikan. Sekiranya peserta berkahwin dan pendapatan keluarga adalah di bawah $4,000, peserta masih berkelayakan untuk menambah separuh, jika masih memenuhi persyaratan.
Soalan-soalan lazim
Ya, bagi Ahli yang telah bertukar ke SPK boleh mendaftar ke STP dengan syarat Ahli memenuhi kelayakan seperti berikut:
• Rakyat Negara Brunei Darussalam yang memegang kad pengenalan kuning.
• Berumur 55 tahun dan ke bawah.
• Belum memiliki rumah sama ada bagi dirinya atau pasangannya.
• Tidak menerima pencen bulanan dari perkhidmatannya dengan Kerajaan.
Ya, Ahli dibenarkan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun Ahli SPK.
Ya. Awda boleh mengeluarkan baki awda dengan melengkapkan borang Pengeluaran Baki yang terdapat di laman sesawang TAP, www.tap.com.bn (Klik Menu Ahli Pilih kategori skim Pengeluaran) dan hantar borang yang lengkap dan dokumen yang diperlukan ke mana-mana cawangan TAP.
Bagi Ahli yang telah mengeluarkan TAP55, Ahli akan ditukar kepada SPK sebaik perlaksanaannya. Baki dalam akaun TAP Ahli disebabkan dividen akan dipindahkan ke Akaun Ahli. Manakala baki daripada caruman masing-masing akan dipindahkan ke Akaun Ahli dan Akaun Persaraan.
Ahli SCP yang menerima bayaran anuiti, sebaik SPK dilaksanakan, jumlah anuiti bulanan akan diselaraskan berdasarkan jumlah simpanan SCP mereka pada usia 60 tahun.
Simpanan di bawah Skim Tabungan Perumahan (STP) tidak akan terjejas dengan pelaksanaan SPK.