Bantuan Kewangan Memiliki Rumah
Permohonan pengeluaran ini adalah untuk Ahli Skim Tabungan Perumahan yang ingin mendapatkan bantuan kewangan sebanyak $25,000.00 daripada Kerajaan dan mengeluarkan simpanan daripada akaun Skim Tabungan Perumahan.
Ketahui lebih lanjut mengenai kriteria kelayakan untuk menjadi Ahli Skim Tabungan Perumahan yang ingin mendapatkan bantuan kewangan.
Kelayakan
Kelayakan
Umur
25 - 59 Tahun
Jumlah
100% daripada akaun Skim Tabungan Perumahan
Jumlah Bantuan Kewangan
(jika berkelayakan)
- $25,000.00 untuk permohonan pasangan yang sudah berkahwin yang memenuhi persyaratan.
- $12,500.00 untuk permohonan individu yang belum berkahwin yang memenuhi persyaratan.
Jenis Permohonan
Permohonan oleh Pasangan yang sudah berkahwin.
Permohonan oleh Perseorangan (Pemohon yang belum berkahwin).
Permohonan Penambahan (Top-Up) bagi pemohon yang pernah membuat permohonan Perseorangan dan ingin memohon Top-Up kerana telah berkahwin
Permohonan Perseorangan dengan tanggungan.
Persyaratan lain untuk Bantuan Kewangan
Pendapatan bulanan peserta skim ini secara purata dalam tempoh 24 bulan kebelakangan pada tarikh permohonan:
Purata pendapatan bulanan tidak melebihi $2,000, atau
pendapatan keluarga yang tidak melebihi $4,000 sebulan.
Peserta belum memiliki rumah sendiri bagi dirinya atau keluarga dalam tanggungannya (misalnya isteri atau suaminya).
Membuat caruman sebagai Ahli SPK/TAP dan juga dalam Skim ini bagi tempoh sekurang-kurangnya 48 bulan secara konsisten dan berterusan.
Mencarum ke dalam Skim ini dengan kadar purata caruman sekurang-kurangnya 5% daripada gaji bulanan masing-masing.
Belum pernah membuat sebarang pengeluaran daripada akaun di TAP di bawah Skim Perumahan TAP.
Tatacara Pembayaran
Pembayaran bantuan kewangan akan dibayarkan kepada yang berkenaan.
Bank
untuk pinjaman rumah
Kontraktor
for building a house
Pembangun
untuk membeli rumah
Kerajaan
kepada Jabatan Perbendaharaan atau Rancangan Perumahan Negara
Dokumen yang Diperlukan
Pastikan dokumen yang diperlukan adalah lengkap sebelum menyerahkan permohonan.
Borang yang lengkap.
Dokumen mengikut Jenis Permohonan:
Permohonan bagi Pasangan Suami/Isteri atau Penambahan (Top-up):
Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Isteri atau Suami.
Salinan Sijil Nikah.
Salinan slip gaji terkini Pemohon dan Isteri atau Suami.
Senarai Tanah dari Pejabat Tanah (Pemohon dan Isteri/Suami).
Dokumen-dokumen Perumahan.
Permohonan bagi Perseorangan (pemohon yang belum berkahwin):
Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
Salinan slip gaji terkini Pemohon.
Salinan Sijil Cerai (jika berkenaan).
Salinan Sijil Mati bagi suami/isteri pemohon (jika suami atau isteri meninggal dunia).
Dokumen-dokumen Perumahan.
Permohonan bagi Perseorangan dengan tanggungan:
Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan tanggungan.
Salinan Surat Beranak tanggungan di bawah umur 18 tahun.
Salinan slip gaji terkini Pemohon.
Salinan sijil Mati bagi suami/isteri atau bapa Pemohon (jika suami/isteri/bapa meninggal dunia).
Salinan Surat Pengesahan Anak Angkat (jika berkenaan).
Dokumen-dokumen Perumahan.
Dokumen mengikut Jenis Perumahan:
Membina atau Membeli Rumah (Di Darat):
Salinan Kad Pengenalan Ahli.
Salinan Surat Perjanjian Pembinaan atau Perjanjian Jual Beli.
Salinan Surat Kuasa Wakil.
Salinan resit pembayaran pendahuluan, resit pembayaran secara berperingkat atau Surat Pengesahan tiada sebarang pembayaran.
Pecahan Pinjaman Kewangan Perumahan.
Salinan Lesen Kontraktor / Pembangun (16 & 17) atau kad pengenalan Penjual.
Salinan slip gaji terkini.
Salinan Sijil Nikah.
Salinan dokumen yang berkenaan sahaja:
Salinan Geran Tanah.
Salinan Surat Pindah Milik atau Surat Proses Kemasukkan Nama (Bagi Geran Tanah Yang Belum Diatas Nama Pemohon).
Salinan Surat Peruntukkan Tanah.
Salinan Surat Kebenaran Menduduki Tanah.
Salinan dokumen yang berkenaan sahaja dari pihak ABCi:
Permohonan Kebenaran Memulakan Kemajuan ABCi – Borang C.
Kesiapan Kemajuan ABCi – Borang E.
Dokumen tambahan bagi ahli yang tidak mempunyai pinjaman kewangan dengan bank atau pihak kerajaan:
Menyertakan sumber pendapatan kewangan.
Mengisikan surat pengesahan tidak membuat sebarang pinjaman kewangan disediakan oleh pihak TAP.
Mengisikan surat pengesahan dari pembina atau penjual disediakan oleh pihak TAP.
Perumahan Negara / Perpindahan STKRJ / Perumahan Kampung Air:
Salinan Surat Pengesahan memiliki rumah.
Salinan Surat Pengesahan pembayaran balik pinjaman perumahan dari Kementerian Pembangunan.
Salinan Surat Pengesahan Baki Perumahan.
Nota: Rumah tersebut hendaklah di bawah NAMA AHLI.
Perumahan YSHHB / Perumahan YSHHB Kampong Ayer:
Surat Anugerah Perumahan YSHHB.
Pengesahan Harga Rumah.
Pelan Kedudukan Rumah daripada YSHHB (jika ada).
Surat Pengasahan Baki daripada YSHHB.
Nota: Rumah tersebut hendaklah di bawah NAMA AHLI.
Permohonan Dalam Talian bagi
Skim Tabungan Perumahan
Awda boleh memohon pengeluaran ini dari rumah sahaja.