Kelayakan Skim Tabungan

Skim Tabungan 

Ketahui lebih lanjut mengenai kriteria kelayakan untuk mendaftar sebagai Ahli Skim Tabungan Perumahan dan memulakan simpanan untuk memiliki rumah.

Kelayakan Pendaftaran ke Skim Tabungan Perumahan

Kewarganegaraan


 Warganegara (kad pengenalan Kuning) 

Negara Brunei Darussalam

Umur


55 tahun 

dan ke bawah

Tidak memiliki rumah sama ada

untuk dirinya atau pasangan

Tidak menerima pencen bulanan

daripada perkhidmatan dengan Kerajaan

Adakah Awda Berkelayakan untuk Mendaftar Sebagai Ahli Skim Tabungan Perumahan?


​ Berkelayakan mendaftar ​​  Tiada kelayakan mendaftar

Saya sedang menyewa rumah pada masa ini dan tidak memiliki rumah di bawah nama saya sendiri.

Saya sedang menunggu skim Rancangan Perumahan Negara (RPN) dan rumah di bawah nama saya sendiri. 

Saya dicalonkan untuk menerima skim Rancangan Perumahan Negara (RPN) tetapi belum menerima kunci dan belum memiliki rumah di bawah nama saya.

Pasangan saya dicalonkan untuk menerima Rancangan Perumahan Negara (RPN) tapi belum menerima kunci, dan kami tidak memiliki rumah di bawah nama kami.

Saya / pasangan saya akan mewarisi rumah daripada ibu atau bapa tetapi belum memiliki rumah di bawah nama saya.


Rumah saya pada masa ini sedang dibina.

Saya akan mencapai umur 55 tahun pada tahun ini (belum mencapai tarikh lahir) dan belum memiliki rumah.

Saya telah menerima kunci untuk rumah dari skim Rancangan Perumahan Negara (RPN) dan bersedia untuk pindah masuk.

Saya tidak memiliki rumah di bawah nama saya tetapi pasangan saya memiliki rumah di bawah namanya.


Saya telah berumur 55 tahun dan belum memiliki rumah.


Soalan-soalan lazim

Ya, bagi Ahli yang telah bertukar ke SPK boleh mendaftar ke STP dengan syarat Ahli memenuhi kelayakan seperti berikut:

• Rakyat Negara Brunei Darussalam yang memegang kad pengenalan kuning. 

• Berumur 55 tahun dan ke bawah 

• Belum memiliki rumah sama ada bagi dirinya atau pasangannya 

• Tidak menerima pencen bulanan dari perkhidmatannya dengan Kerajaan. 

Ya. Awda boleh mengeluarkan baki awda dengan melengkapkan borang Pengeluaran Baki yang terdapat di laman sesawang TAP, www.tap.com.bn (Klik Menu  Ahli  Pilih kategori skim  Pengeluaran) dan hantar borang yang lengkap dan dokumen yang diperlukan ke mana-mana cawangan TAP.

Bagi Ahli yang telah mengeluarkan TAP55, Ahli akan ditukar kepada SPK sebaik perlaksanaannya. Baki dalam akaun TAP Ahli disebabkan dividen akan dipindahkan ke Akaun Ahli. Manakala baki daripada caruman masing-masing akan dipindahkan ke Akaun Ahli dan Akaun Persaraan.

Ahli SCP yang menerima bayaran anuiti, sebaik SPK dilaksanakan, jumlah anuiti bulanan akan diselaraskan berdasarkan jumlah simpanan SCP mereka pada usia 60 tahun.

Simpanan di bawah Skim Tabungan Perumahan (STP) tidak akan terjejas dengan pelaksanaan SPK.