Pengeluaran SPK Perumahan
Ahli hendaklah mencapai umur 40 tahun untuk berkelayakan membuat Pengeluaran SPK Perumahan. Ahli dibolehkan untuk mengeluarkan SEKALI sahaja dalam tempoh umur 40-59 tahun. Ahli adalah digalakkkan untuk merancang masa yang terbaik untuk mengeluarkan simpanan bertujuan untuk perumahan.
Apabila membuat Pengeluaran SPK Perumahan, Ahli hendaklah mengambil maklum akan perkara berikut:
Pengeluaran adalah khusus untuk membeli rumah, membina rumah, membayar pinjaman rumah, mengubahsuai atau membaiki rumah.
Pengeluaran untuk kerja-kerja rumah akan dibayarkan terus kepada kontraktor, pembangun, bank atau Kerajaan melalui pemindahan terus (direct transfer) - tiada pembayaran secara tunai atau cek.
Pastikan dokumen yang dimuat naik adalah lengkap untuk memudahkan proses pengeluaran.
Kelayakan
Umur
40 - 59 Tahun
Jumlah
50% daripada baki Akaun Ahli SPK
Tatacara Pembayaran
Dibayar secara keseluruhan kepada yang berkenaan
Bank
untuk pinjaman rumah
Kontraktor
untuk membina, mengubahsuai atau membaiki rumah
Pembangun
untuk membeli rumah
Kerajaan
kepada Jabatan Perbendaharaan atau skim Rancangan Perumahan Negara
Dokumen yang Diperlukan
Pastikan dokumen yang diperlukan adalah lengkap sebelum menyerahkan permohonan.
Baki Pembayaran (Skim Perumahan Negara):
Salinan Kad Pengenalan Ahli.
Surat Pengesahan Baki Perumahan.
Salinan Surat Pengesahan memiliki rumah.
Baki Pembayaran (Pinjaman Rumah - Bank or Jabatan Perbendaharaan)
Salinan Kad Pengenalan Ahli.
Salinan Perjanjian Pembinaan atau Perjanjian Jual Beli.
Salinan Geran Tanah.
Salinan Perjanjian Pinjaman Rumah.
Salinan Penyata Baki Pinjaman terkini.
Membina Rumah (Di Darat)
Salinan Kad Pengenalan Ahli.
Salinan penyata/maklumat bank Kontraktor atau Pembangun.
- Salinan Perjanjian Pembinaan.
- Salinan Perjanjian Pinjaman.
Salinan Lesen 16 & 17 Kontraktor/Pembangun.
- Salinan Geran Tanah atau Kedudukan Rumah di Atas Tanah.
Salinan Surat Kuasa Wakil (jika geran tanah bukan atas nama pemohon).
Membeli Rumah (Di Darat)
Salinan Kad Pengenalan Ahli.
Salinan penyata/maklumat bank Kontraktor atau Pembangun.
- Salinan Geran Tanah.
- Salinan Perjanjian Jual dan Beli.
Salinan Lesen 16 & 17 Kontraktor/Pembangun.
- Salinan Perjanjian Pinjaman.
Salinan Surat Kuasa Wakil (jika geran tanah bukan atas nama pemohon.)
Membeli Rumah (Kampong Ayer)
Salinan Kad Pengenalan Ahli.
Salinan Penyata / Maklumat Bank Penjual.
- Salinan Perjanjian Jual dan Beli.
Salinan Surat Pengesahan tukar milik rumah.
- Salinan Pelan Kedudukan Rumah daripada Jabaran Daerah Brunei dan Muara.
Mengubahsuai atau Membaiki Rumah:
Salinan Kad Pengenalan Ahli.
Salinan penyata/maklumat bank Kontraktor atau Pembangun.
Templat perjanjian pengubahsuaian TAP (tersedia di bawah.)
Salinan Lesen 16 & 17 Kontraktor/Pembangun.
Salinan Kad Pengenalan Kontraktor atau Pembangun.
Permohonan Dalam Talian bagi
Pengeluaran SPK Perumahan
Awda boleh memohon pengeluaran ini dari rumah sahaja.