Pengeluaran TAP Hak Waris
Apabila Ahli yang menangguhkan penyertaan ke SPK meninggal dunia sebelum mencapai umur 55 tahun, Pelapor (ahli keluarga yang terdekat) dan Pewaris boleh membuat permohonan pengeluaran bagi simpanan akaun TAP dan SCP Ahli yang meninggal dunia.
Ahli yang menangguhkan penyertaan ke SPK hendaklah mengambil maklum akan perkara berikut untuk memastikan perancangan harta pusaka bagi simpanan akaun Ahli dirancang lebih awal:
Ahli keluarga yang terdekat hendaklah melaporkan kematian Ahli kepada TAP dengan mengisikan borang khusus untuk Pelapor Pengeluaran TAP Hak Waris TAP akan memberikan surat untuk Pelapor serahkan kepada Pejabat Waris Pejabat Waris akan memberikan Surat Lantikan Pentadbir Pusaka yang menyatakan nama Pentadbir Pusaka yang diamanahkan untuk membahagikan harta si mati Hanya Pewaris yang dilantik oleh Pejabat Waris akan membuat permohonan pengeluaran simpanan TAP untuk Pengeluaran Hak Waris.
Tempoh pengeluaran adalah tertakluk kepada urusan diantara Pewaris Ahli dengan Pejabat Waris.
Pentadbir Pusaka yang dilantik oleh Pejabat Waris bukanlah pemilik tunggal pembayaran simpanan akaun TAP. Ia menjadi tanggungjawab Pentadbir Pusaka yang dilantik untuk membahagikan pembayaran pengeluaran tersebut kepada pewaris-pewaris yang berhak menerima mengikut hukum Faraid bagi yang beragama Islam atau wasiat bagi yang bukan beragama Islam.
Kelayakan
Siapa yang layak memohon?
Pelapor (keluarga terdekat), Pewaris
Jumlah
100% daripada baki akaun TAP.
Tatacara Pembayaran
Dibayar
secara keseluruhan
kepada Pentadbir Pusaka yang dilantik.
Dokumen yang Diperlukan
Pastikan dokumen yang diperlukan adalah lengkap sebelum menyerahkan permohonan.
Borang yang lengkap.
Permohonan Pelapor yang melaporkan kematian Ahli:
Salinan Kad Pengenalan Ahli yang meninggal dunia.
Salinan Kad Pengenalan Pelapor.
Salinan Sijil Kematian Ahli.
Nota: TAP akan memberikan surat kepada Pelapor untuk diserahkan kepada Pejabat Waris bagi lantikan Pentadbir Pusaka (Surat Pentadbir Pusaka).
Permohonan kepada TAP oleh Pewaris (Pewaris yang dilantik oleh Pejabat Waris sebagai Pentadbir Pusaka):
Salinan Surat Pentadbir Pusaka dari Pejabat Waris.
Salinan Sijil Kematian dan Kad Pengenalan Ahli.
Salinan Kad Pengenalan Waris (Pentadbir).
Salinan butiran/penyata bank atau buku bank Waris (Pentadbir) yang terkini.
Salinan Sijil ‘Faraid’ dari Mahkamah Syariah (jika ada).