Pengeluaran SPK Penyakit Terminal

Ketahui lebih lanjut mengenai syarat kelayakan Pengeluaran SPK Penyakit Terminal.

Pengeluaran SPK Penyakit Terminal


Ahli berkelayakan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun Ahli SPK sekiranya telah disahkan oleh Lembaga Perubatan bahawa Ahli menghidap penyakit terminal.


Sebelum membuat permohonan pengeluaran, Ahli yang menghidap penyakit terminal hendaklah mengambil maklum perkara berikut:


  • Ahli hendaklah mendapatkan pengesahan daripada Lembaga Perubatan bahawa Ahli telah menghidap penyakit terminal.


  • Pembayaran pengeluaran kepada Ahli adalah secara keseluruhan.

Kelayakan

Umur


Di bawah 60 Tahun

Jumlah


100% daripada baki Akaun Ahli SPK.

Tatacara Pembayaran

Dibayar

secara keseluruhan

kepada Ahli

Dokumen yang Diperlukan

Pastikan dokumen yang diperlukan adalah lengkap sebelum menyerahkan permohonan.

 Borang yang lengkap.

  1. Salinan Kad pengenalan Ahli

  2. Laporan daripada Lembaga Perubatan.

  3. Surat Aku Janji oleh penjaga Ahli yang disahkan tidak berupaya (jika diperlukan).

  4. Salinan butiran/penyata bank atau buku bank Ahli yang terkini.

Permohonan Dalam Talian bagi
Pengeluaran SPK Penyakit Terminal

Awda boleh memohon pengeluaran ini dari rumah sahaja.

Borang Permohonan

Tekan untuk muat turun