Pengeluaran TAP Meninggalkan Negara

Ketahui syarat kelayakan Pengeluaran TAP Meninggalkan Negara.

Pengeluaran TAP Meninggalkan Negara


Ahli yang menangguhkan penyertaan ke SPK dan menyerahkan kerakyatan Brunei Darussalam, dan berhijrah ke luar negara sebelum mencapai umur 55 tahun boleh mengeluarkan simpanan akaun TAP.


Sebelum membuat permohonan pengeluaran, Ahli hendaklah mengambil maklum perkara berikut:


  • Ahli masih dikehendaki untuk menyediakan dan memberikan dokumen yang lengkap berkaitan dengan Ahli semasa Ahli berwarganegara Negara Brunei Darussalam untuk permohonan pengeluaran seperti salinan kad pengenalan Brunei Ahli.


  • Ahli juga mesti mempunyai dokumen yang mengesahkan dan membuktikan Ahli tekah sah menjadi rakyat negara lain.

Kelayakan

Umur


 Di bawah 60 Tahun

Jumlah


100% daripada baki akaun TAP.

Tatacara Pembayaran

Dibayar

secara keseluruhan

kepada Ahli

Dokumen yang Diperlukan

Pastikan dokumen yang diperlukan adalah lengkap sebelum menyerahkan permohonan.

 Borang yang lengkap.​

  1. Salinan Kad pengenalan Ahli.​

  2. Salinan surat pengesahan kerakyatan asing.

  3. Salinan deklarasi penyerahan kerakyatan.

  4. Penyata akaun bank atau buku bank pemohon yang terkini. (Asal dan salinan) – Bank Tempatan.

  5. Bagi Ahli atau Waris yang memohon untuk pembayaran menggunakan Pemindahan Telegrafik kepada akaun banknya, hendaklah disertakan maklumat/salinan:

    1. Surat mengenai tujuan untuk pengeluaran dibayar melalui pengkreditan terus DAN bersetuju bahawa sebarang caj dari bank akan dibayar oleh Ahli.

    2. Buku bank Ahli (jika ada).

    3. Surat pengesahan dari bank Ahli menyatakan bahawa Ahli itu mempunyai akaun dengan bank itu. 

    4. Alamat rumah.

    5. Clearing Code Bank/Alamat Swift (Ahli hendaklah bertanya kepada bank).

    6. Nama penuh dan Akaun Nombor bank Ahli yang ingin dikreditkan terus pengelurannya.

    7. Alamat bank.

Borang Permohonan

Tekan untuk muat turun