Pengeluaran SPK Hilang Upaya

Ketahui lebih lanjut mengenai syarat kelayakan Pengeluaran ​SPK Hilang Upaya.

Pengeluaran SPK Hilang Upaya


Ahli boleh mengeluarkan simpanan jika awda disahkan hilang keupayaan untuk bekerja dari segi mental dan fizikal oleh pihak Lembaga Perubatan dan memenuhi persyaratan.


Ahli hilang keupayaan yang ingin memohon pengeluaran ini hendaklah menagmbil maklum perkara berikut:


  • Ahli hendaklah mendapat pengesahan tidak berupaya untuk bekerja daripada Lembaga Perubatan.


  • Pembayaran pengeluaran simpanan kepada Ahli adalah secara bulanan (anuiti) sehingga Ahli mencapai 60 tahun.


  • Ahli akan menggunakan simpanan sendiri daripada Akaun Ahli SPK untuk bersara awal sehingga umur 60 tahun atau sehingga habis sebelum boleh mengeluarkan Akaun Persaraan SPK untuk persaraan.

  • Jumlah pengeluaran minimum dibayar kepada Ahli secara bulanan adalah $500.00. Sekiranya pengiraan baki Akaun Ahli SPK adalah kurang daripada $500.00, jumlah yang dibayar kepada Ahli ditetapkan sebanyak $500.00, dan baki akan terus dibayarkan sehingga habis, yang mana ia boleh sebelum mencapai 60 tahun.


  • Jumlah pengeluaran maksimum dibayar berdasarkan baki Akaun Ahli SPK dibahagi dengan baki bulan sehingga umur 60 tahun.


Contoh senario:

Senario 1:

Jika Ahli mengeluarkan simpanan kerana hilang upaya pada 55 tahun dan mengeluarkan simpanan Akaun Ahli SPK sebanyak $50,000.00:


$50,000.00 / 60 bulan (sehingga 60 tahun) = $833.33

Oleh itu, Ahli akan menerima $833.33 sebulan dari Akaun Ahli SPKnya selama 60 bulan.


Senario 2:

Jika Ahli mengeluarkan simpanan kerana hilang upaya pada 55 tahun dan mengeluarkan simpanan Akaun Ahli SPK sebanyak $10,000.00:


$10,000.00 / 60 bulan (sehingga 60 tahun) = $166.67

Oleh itu, Ahli akan menerima $500.00 sebulan dan bukan $166.67 dari Akaun Ahli SPKnya selama 20 bulan sahaja.


Senario 3:

Jika Ahli mengeluarkan simpanan kerana hilang upaya pada 57 tahun dan mengeluarkan simpanan Akaun Ahli SPK sebanyak $20,000.00:


$20,000.00 / 36 bulan (sehingga 60 tahun) = $555.56

Oleh itu, Ahli akan menerima $555.56 sebulan dari Akaun Ahli SPKnya selama 36 bulan.

Kelayakan

Umur


Di bawah 60 Tahun

Jumlah


100% daripada baki Akaun Ahli SPK.


Tatacara Pembayaran

Dibayar

anuiti (secara bulanan)

kepada Ahli.

Dokumen Diperlukan

Pastikan dokumen yang diperlukan adalah lengkap sebelum menyerahkan permohonan.

 Borang yang lengkap.

  1. Salinan Kad Pengenalan Ahli.

  2. Laporan Lembaga Perubatan.

  3. Permohonan Pelantikan Penjaga Harta ad-litem bagi Ahli yang disahkan berpenyakit mental dari:

    1. Mahkamah Sivil bagi Ahli yang bukan berugama Islam.

    2. Mahkamah Syariah bagi Ahli yang berugama Islam.

  4. Surat Aku Janji oleh penjaga Ahli yang disahkan tidak berupaya atau tidak sempurna akal (jika diperlukan).

  5. Salinan butiran/penyata akaun bank atau buku bank Ahli yang terkini.

Permohonan Dalam Talian bagi
Pengeluaran SPK Hilang Upaya

Awda boleh memohon pengeluaran ini dari rumah sahaja.

Borang Permohonan

Tekan untuk muat turun