Pengeluaran TAP 55 Tahun

Ketahui lebih lanjut mengenai syarat kelayakan Pengeluaran TAP 55 Tahun.

Pengeluaran TAP 55 Tahun


Ahli yang menangguhkan penyertaan ke SPK boleh mengeluarkan keseluruhan simpanan akaun TAP apabila mencapai umur 55 tahun. Apabila Ahli telah mengeluarkan Pengeluaran TAP 55 Tahun, Ahli akan dipindahkan ke skim SPK secara automatik. Tempoh pengeluaran bagi Ahli yang menangguhkan SPK untuk mengeluarkan Pengeluaran TAP 55 Tahun adalah SATU (1) tahun.


Sekiranya Ahli belum mengeluarkan Pengeluaran TAP 55 Tahun sehingga mencapai 56 tahun, simpanan akaun TAP akan dimasukkan ke dalam Akaun Ahli SPK dan Akaun Persaraan SPK, dan Ahli akan menjadi Ahli SPK secara automatik. Jika ini adalah halnya, Ahli masih dibolehkan membuat pengeluaran sebanyak 30% daripada Akaun Ahli SPK sebagai Ahli SPK.


Ahli digalakkan untuk merancang pengeluaran mengikut keperluan sebelum dan semasa persaraan, dan membelanjakan simpanan yang dikeluarkan sacara berhemat.


Pengeluaran TAP 50 Tahun boleh dikeluarkan untuk apa saja keperluan dan tidak terhad kepada berikut:

  • Pendidikan anak.

  • Keperluan rumah.

  • Simpanan tambahan untuk menunaikan ibadah Haji atau Umrah. 

  • Pelaburan untuk menjamin persaraan atau pendapatan.

  • Melangsaikan atau mengurangkan hutang sebelum persaraan.

  • Lain-lain.

Kelayakan

Umur


55 Tahun

Jumlah


100% daripada baki Akaun TAP.

Tatacara Pembayaran

Dibayar

secara keseluruhan

kepada Ahli

Dokumen yang Diperlukan

Pastikan dokumen yang diperlukan adalah lengkap sebelum menyerahkan permohonan.

 A complete withdrawal application form.


  1. Salinan Kad Pengenalan Ahli.
  2. Salinan butiran/penyata akaun bank atau buku bank Ahli yang terkini.

Permohonan Dalam Talian bagi
Pengeluaran TAP 55 Tahun

Awda boleh memohon pengeluaran ini dari rumah sahaja.

Borang Permohonan

Tekan untuk muat turun

Borang Permohonan Pengeluaran 55 Tahun

- bagi Warganegara & Penduduk Tetap (Stateless)

Borang Permohonan Pengeluaran 55 Tahun

- bagi Penduduk Tetap (Warganegara Asing)