Pengeluaran SPK Umur

Ketahui lebih lanjut mengenai syarat kelayakan Pengeluaran SPK Umur.

Pengeluaran SPK Umur (45, 50, 55, 60 Tahun)


Ahli berkelayakan untuk membuat pengeluaran setelah mencapai umur 45, 50, 55 dan 60 tahun, SEKALI untuk setiap kelayakan umur. Ahli digalakkan untuk merancang pengeluaran berdasarkan keperluan sebelum or semasa persaraan dan membelanjakan simpanan yang dikeluarkan dengan berhemat.


Pengeluaran SPK Umur boleh dikeluarkan untuk apa saja keperluan dan tidak terhad kepada berikut:

  • Pendidikan anak.

  • Keperluan rumah.

  • Simpanan tambahan untuk menunaikan ibadah Haji atau Umrah.

  • Pelaburan untuk menjamin persaraan atau pendapatan.

  • Melangsaikan atau mengurangkan hutang sebelum persaraan.

  • Lain-lain.

Kelayakan




Umur

45-59 Tahun

50-59 Tahun

55-59 Tahun

60 Tahun

Jumlah

 ​30% dari baki Akaun Ahli SPK semasa 45 tahun.

​30% dari baki Akaun Ahli SPK semasa 50 tahun.

30% dari baki Akaun Ahli SPK semasa 55 tahun.

100% dari baki Akaun Ahli SPK semasa 60 tahun.

Syarat-Syarat Lain

 Permohonan dibenarkan sekali bagi setiap Pengeluaran Umur.


 Boleh memohon lebih dari satu jenis Pengeluaran dalam satu permohonan.

Tatacara Pembayaran

Dibayar secara keseluruhan kepada Ahli.

Dokumen yang Diperlukan

Pastikan dokumen yang diperlukan adalah lengkap sebelum menyerahkan permohonan.

 Borang yang lengkap.


  1. Salinan Kad Pengenalan Ahli.
  2. Salinan butiran/penyata akaun bank atau buku bank Ahli yang terkini.

Permohonan Dalam Talian bagi
Pengeluaran SPK Umur

Awda boleh memohon pengeluaran ini dari rumah sahaja.

Borang Permohonan

Tekan untuk muat turun

Borang Pengeluaran SPK 45, 50, 55 Tahun

Borang Pengeluaran SPK 60 Tahun