Pengeluaran SPK Hak Waris

Ketahui lebih lanjut mengenai syarat kelayakan Pengeluaran SPK Hak Waris.

Pengeluaran SPK Hak Waris


Apabila Ahli meninggal dunia, Pentadbir Penama yang dilantik oleh Ahli sebelum meninggal dunia atau Pelapor (keluarga terdekat) dan Pewaris boleh membuat pengeluaran bagi simpanan dalam Akaun Ahli SPK.


Apabila Ahli meninggal dunia:


  • Sekiranya Ahli telah melantik Pentadbir Penama, Pentadbir yang pertama boleh membuat permohonan pengeluaran terus bagi simpanan akaun Ahli.


  • Tanggungjawab Pentadbir Penama adalah untuk membahagikan simpanan yang telah dikeluarkan dengan adil kepada pewaris-pewaris yang berhak mengikut Hukum Faraid bagi yang beragama Islam atau wasiat bagi yang bukan beragama Islam.

  • Sekiranya Ahli tidak pernah melantik Pentadbir Penama semasa Ahli masih hidup, keluarga terdekat Ahli perlu membuat laporan kepada TAP dengan mengisi borang Pelapor SPK Hak Waris  TAP akan memberikan surat kepada Pelapor untuk diserahkan kepada Pejabat Waris  Pejabat Waris akan memberikan Surat Pentadbir Pusaka yang menyatakan pewaris yang dilantik sebagai Pentadbir untuk membahagikan harta  Hanya Pentadbir yang dilantik melalui Pejabat Waris yang akan membuat permohonan pengeluaran bagi simpanan Akaun Ahli SPK. 


  • Jika Ahli yang meninggal dunia tidak pernah melantik Pentadbir Penama, tempoh pengeluaran adalah tertakluk kepada urusan diantara Pewaris Ahli dengan Pejabat Waris.

Kelayakan

Siapa yang layak memohon?


Pentadbir Penama, Pelapor (keluarga terdekat), Waris. 


Jumlah


100% daripada baki Akaun Ahli SPK.

Tatacara Pembayaran

Dibayar

secara keseluruhan

kepada Pentadbir
Ahli yang meninggal dunia
yang telah dilantik.

Dokumen yang Diperlukan

Pastikan dokumen yang diperlukan adalah lengkap sebelum menyerahkan permohonan.

 Borang yang lengkap.


Permohonan oleh Pentadbir Penama:

  1. Salinan Kad Pengenalan Ahli yang meninggal dunia.

  2. Salinan Sijil Kematian Ahli.

  3. Salinan Kad Pengenalan Pentadbir Penama.

  4. Salinan butiran/penyata bank atau buku bank Pentadbir Penama yang terkini.



Tiada Pentadbir Penama:

Pelapor yang melaporkan kematian Ahli:

  1. Salinan Kad Pengenalan Ahli yang meninggal dunia.

  2. Salinan Sijil Kematian Ahli.

  3. Salinan Kad Pengenalan Pelapor.

*TAP akan memberikan surat kepada Pelapor untuk diserahkan kepada Pejabat Waris bagi lantikan Pentadbir Pusaka (Surat Pentadbir Pusaka).


Permohonan kepada TAP oleh Pewaris (Pewaris yang dilantik oleh Pejabat Waris sebagai Pentadbir Pusaka):

  1. Salinan Surat Pentadbir Pusaka dari Pejabat Waris.

  2. Salinan Sijil Kematian dan Kad Pengenalan Ahli.

  3. Salinan Kad Pengenalan Waris (Pentadbir).

  4. Salinan butiran/penyata bank atau buku bank Waris (Pentadbir) yang terkini.

  5. Salinan Sijil ‘Faraid’ dari Mahkamah Syariah (jika ada).


Nota:

Pengadu dan Pewaris yang dilantik berkemungkinan bukan orang yang sama.

Pewaris hanya berhak untuk mendapatkan simpanan Ahli setelah Surat Lantikan Pentadir Pusaka dikeluarkan oleh Pejabat Waris.


Permohonan Dalam Talian bagi

Pengeluaran SPK Hak Waris

Awda boleh memohon pengeluaran ini dari rumah sahaja.

Borang Permohonan

Tekan untuk muat turun

Permohonan oleh Pentadbir yang Dilantik

Borang Pengeluaran SPK Hak Waris

Permohonan oleh Pelapor

Pre-Determined Administration Appointment (Borang A)