​Pengeluaran SPK 55+

Ketahui lebih lanjut mengenai syarat kelayakan Pengeluaran SPK 55+.

Pengeluaran SPK 55+ (Bersara Awal)


Ahli boleh membuat pengeluaran simpanan Akaun Ahli SPK bagi tujuan bersara awal di mana Ahli bercadang untuk menamatkan perkhidmatan pada usia antara 55 - 60 tahun.


Apabila merancang untuk bersara awal menggunakan simpanan Akaun Ahli SPK, Ahli hendaklah mengambil maklum perkara berikut:


  • Pembayaran pengeluaran simpanan kepada Ahli adalah secara bulanan (anuiti) sehingga Ahli mencapai 60 tahun.


  • Ahli akan menggunakan simpanan sendiri daripada Akaun Ahli SPK untuk bersara awal sehingga umur 60 tahun atau sehingga habis sebelum boleh mengeluarkan Akaun Persaraan SPK untuk persaraan.

  • Jumlah pengeluaran minimum dibayar kepada Ahli secara bulanan adalah $500.00. Sekiranya pengiraan baki Akaun Ahli SPK adalah kurang daripada $500.00, jumlah yang dibayar kepada Ahli ditetapkan sebanyak $500.00, dan baki akan terus dibayarkan sehingga habis, yang mana ia boleh sebelum mencapai 60 tahun.


  • Jumlah ​pengeluaran maksimum dibayar berdasarkan baki Akaun Ahli SPK dibahagi dengan baki bulan sehingga umur 60 tahun.


Contoh senario:

Senario 1:

Jika Ahli bersara pada 55 tahun dan mengeluarkan simpanan Akaun Ahli SPK sebanyak $50,000.00:


$50,000.00 / 60 bulan (sehingga 60 tahun) = $833.33

Oleh itu, Ahli akan menerima $833.33 sebulan dari Akaun Ahli SPKnya selama 60 bulan


Senario 2:

Jika Ahli bersara pada 55 tahun dan mengeluarkan simpanan Akaun Ahli SPK sebanyak $10,000.00:


$10,000.00 / 60 bulan (sehingga 60 tahun) = $166.67

Oleh itu, Ahli akan menerima $500.00 sebulan dan bukan $166.67 dari Akaun Ahli SPKnya selama 20 bulan sahaja.


Senario 3:

Jika Ahli bersara pada 57 tahun dan mengeluarkan simpanan Akaun Ahli SPK sebanyak $20,000.00:


$20,000.00 / 36 bulan (sehingga 60 tahun) = $555.56

Oleh itu, Ahli akan menerima $555.56 sebulan dari Akaun Ahli SPKnya selama 36 bulan.

Kelayakan

Umur


45-59 Tahun

Jumlah


100% daripada baki Akaun Ahli SPK.


Tatacara Pembayaran

Dibayar secara

anuiti (secara bulanan)

kepada Ahli

Dokumen yang Diperlukan

Pastikan dokumen yang diperlukan adalah lengkap sebelum menyerahkan permohonan.

 Borang yang lengkap.


  1. Salinan Kad Pengenalan Ahli.
  2. Salinan butiran/penyata akaun bank atau buku bank Ahli yang terkini.

Permohonan Dalam Talian bagi
Pengeluaran SPK 55+

Awda boleh memohon pengeluaran ini dari rumah sahaja.

Borang Permohonan

Tekan untuk muat turun