Pengeluaran TAP Perumahan

Ketahui lebih lanjut mengenai syarat kelayakan Pengeluaran TAP Perumahan.

Pengeluaran TAP Perumahan


Ahli yang menangguhkan penyertaan ke SPK dan belum pernah membuat Pengeluaran TAP Perumahan untuk keperluan rumah masih dibolehkan untuk mengeluarkan simpanan. Ahli dibolehkan untuk mengeluarakan SEKALI sahaja, oleh itu Ahli digalakkan untuk merancang masa yang terbaik untuk mengeluarkan simpanan untuk keperluan rumah.


Apabila membuat Pengeluaran TAP Perumahan, Ahli hendaklah mengambil maklum perkara berikut:


  • Pengeluaran adalah khusus untuk membeli rumah, membina rumah dan membayar pinjaman rumah sahaja.


  • Pengeluaran untuk kerja-kerja rumah akan dibayarkan terus kepada kontraktor, pembangun, bank atau Kerajaan melalui pemindahan terus (direct transfer) - tiada pembayaran secara tunai atau cek.


  • Pastikan dokumen yang diserahkan adalah lengkap untuk memudahkan proses pengeluaran.

Kelayakan

Syarat

Menjadi ahli TAP selama tidak kurang 10 tahun dan mencarum secara aktif 5 tahun atau mempunyai simpanan tidak kurang daripada $40,000.00.


Jumlah

sehingga 45% daripada baki Akaun TAP semasa permohonan.

Kadar Pengeluaran

Jumlah pengeluaran adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan di bawah Akta TAP, Penggal 167 dan Aturan TAP.


Prosedur Pengiraan untuk Pengeluaran:


1. Membina atau Membeli

​1.1) 20% dari harga pembelian atau kos pembinaan rumah tersebut (geran tanah adalah di bawah nama pemohon).

ATAU

​1.2) 10% dari harga pembelian atau kos pembinaan rumah yang berharga $150,000.00 KE ATAS (geran tanah bukan di bawah nama pemohon).

ATAU

1.3) 15% dari harga pembelian atau kos pembinaan rumah yang berharga $149,999.00 KE BAWAH (geran tanah bukan di bawah nama pemohon).

ATAU

1.4) 45% dari simpanan TAP Ahli.


2. Pinjaman Tertunggak Pada Tarikh Permohonan

45% dari simpanan TAP Ahli.

Jumlah pengiraan yang akan diluluskan adalah bergantung pada yang rendah.


Jumlah keseluruhan pengeluaran adalah bergantung pada prosedur dan keperluan yang ditetapkan oleh Akta Amanah Pekerja, Penggal 167 dan Aturan TAP.

Tatacara Pembayaran

Dibayar secara keseluruhan kepada yang berkenaan


Bank

untuk pinjaman rumah



Kontraktor

untuk membina, mengubahsuai atau membaiki rumah



Pembangun

untuk membeli rumah



Kerajaan

kepada Jabatan Perbendaharaan atau skim Rancangan Perumahan Negara


Dokumen yang Diperlukan

Pastikan dokumen yang diperlukan adalah lengkap sebelum menyerahkan permohonan.

Baki Pembayaran (Skim Perumahan Negara)

  1. Salinan Kad Pengenalan Ahli.

  2. Salinan slip gaji terkini.

  3. Salinan Surat Pengesahan memiliki rumah.

  4. Salinan Surat Pengesahan pembayaran balik pinjaman perumahan dari Kementerian Pembangunan.

  5. Salinan Surat Pengesahan Baki Perumahan.

Nota: Rumah tersebut hendaklah di bawah NAMA AHLI.


Pembayaran Baki (Pinjaman Perumahan – Bank atau Jabatan Perbendaharaan)

  1. Salinan Kad Pengenalan Ahli.

  2. Salinan Geran Tanah.

  3. Salinan slip gaji terkini.

  4. Salinan Surat Perjanjian Pembinaan atau Perjanjian Jual Beli.

  5. Salinan Perjanjian Pinjaman Perumahan daripada Jabatan Perbendaharaan atau Bank.

  6. Salinan Penyata Baki Pinjaman terkini.


Membina / Membeli Rumah (Di Darat)

  1. Salinan Kad Pengenalan Ahli.

  2. Salinan Sijil Nikah.

  3. Salinan Surat Perjanjian Pembinaan atau Perjanjian Jual Beli.

  4. Salinan Surat Kuasa Wakil (Jika geran tanah bukan atas nama pemohon).

  5. Salinan Resit Pembayaran pendahuluan atau Surat Pengesahan jika tiada sebarang pembayaran.

  6. Pecahan Pinjaman Perumahan.

  7. Salinan Lesen Kontraktor / Pembangun (16 & 17) atau Kad Pengenalan Penjual.

  8. Salinan slip gaji terkini.

Salinan dokumen sokongan yang berkenaan sahaja:

  1. Salinan Geran Tanah.

  2. Salinan Surat Proses Pemilikan (Bagi Pemberian Tanah tidak di bawah Nama pemohon).

  3. Salinan Surat Peruntukan Tanah.

  4. Salinan Surat Pengambilan Tanah.

Dokumen Sokongan yang berkenaan daripada ABCi sahaja:

  1. Kebenaran Memulakan Kemajuan ABCi – Borang C.

  2. Permohonan Kesiapan Kemajuan ABCi – Borang E.

Dokumen tambahan diperlukan untuk Ahli yang tidak mempunyai sebarang bantuan kewangan daripada pihak bank atau Kerajaan:

  1. Salinan sumber pendapatan Ahli dan/atau penyata bank hendaklah disediakan.

  2. Untuk mengisikan surat Pengesahan TAP bahawa tiada pinjaman kewangan dibuat.

  3. Untuk mengisikan surat Pengesahan TAP oleh pembina atau penjual.


Membeli Rumah (Kampong Ayer)

  1. Salinan Kad Pengenalan Ahli.

  2. Salinan slip gaji terkini.

  3. Salinan Surat Pengesahan tukar milik rumah.

  4. Salinan Pelan Kedudukan Rumah daripada Jabaran Daerah Brunei dan Muara.

  5. Salinan Kad Pengenalan Penjual.

  6. Salinan Surat Perjanjian Perjanjian Jual Beli. 

  7. Salinan Resit Pembayaran pendahuluan atau Surat Pengesahan jika tiada sebarang pembayaran.

Permohonan Dalam Talian bagi
Pengeluaran TAP Perumahan

Awda boleh memohon pengeluaran ini dari rumah sahaja.

Borang Permohonan

Tekan untuk muat turun

Borang Pengeluaran Perumahan TAP

Surat Pengesahan Tiada Pinjaman Rumah

Surat Pengesahan Pembina / Penjual Seller