Tanggungjawab Majikan

Caruman

Ketahui lebih lanjut mengenai tanggungjawab yang dimandatorikan terhadap Majikan dalam mencarum untuk kebajikan persaraan Pekerja.

Kadar Caruman yang Ditetapkan bagi Majikan

Kumpulan gaji

Kadar caruman Majikan

$500.00 dan ke bawah

 Ditetapkan pada $57.50

$500.01 - $1,500.00

10.5% (min $57.50)

$1,500.01 - $2,800.00

9.5%

$2,800.01 dan ke atas

8.5%

Contoh jumlah caruman bagi Majikan dan Pekerja:

Contoh gaji

$400.00

  • Caruman Pekerja (8.5%):
  • $400.00 x 8.5% = $34.00
  • Caruman minimum Majikan:
  • $57.50

Contoh gaji

$1,000.00

  • Caruman Pekerja (8.5%):
  • $1,000.00 x 8.5% = $85.00
  • Caruman Majikan (10.5%):
  • $1,000.00 x 10.5% = $105.00

Contoh gaji

$2,500.00

  • Caruman Pekerja (8.5%):
  • $2,500.00 x 8.5% = $212.50
  • Caruman Majikan (9.5%):
  • $2,500.00 x 9.5% = $237.50

Contoh gaji

$3,000.00

  • Caruman Pekerja (8.5%):
  • $3,000.00 x 8.5% = $255.00
  • Caruman Majikan (8.5%):
  • $3,000.00 x 8.5% = $255.00

Nota:

  1. Kadar caruman SPK akan digenapkan ke dua titik perpuluhan.

  2. Had caruman maksimum mandatori ditiadakan. Caruman akan dibayar sepebuhnya mengikut jumlah penuh kadar caruman bagi Majikan dan Ahli, dengan caruman minimum sebanyak $57.50 bagi Majikan.

  3. Bagi Pekerja yang menanguhkan penyertaan ke SPK, kadar caruman adalah mengikut kadar caruman SPK, iaitu 8.5% dari gaji pokok Ahli tanpa had caruman minimum atau maksimum.

  4. Majikan akan mencarum mengikut kadar yang telah ditetapkan di atas dan jumlah caruman akan dibahagi 5% ke dalam akaun TAP Ahli dan selebihnya 3.5% ke dalam akaun SCP Ahli.


Definisi Gaji dan Ganjaran yang Boleh Dicarumkan

Ganjaran berupa wang bagi Pekerja yang telah melaksanakan pekerjaan yang dijanjikan.


Gaji Pokok

Bagi Pekerja yang tidak menerima gaji pokok atau sebarang ganjaran yang diterima sebagai gaji bagi pekerjaan yang dilaksanakan,

seperti

Komisyen, Elaun or

Elaun Perantis

Ganjaran yang Tidak Perlu Dicarumkan


• Bonus

• Kenaikkan Kebelakangan 

• Elaun Memangku

• Elaun Kurnia Khas

• Elaun Sara Hidup

• Elaun Lebih Masa

• Elaun Rumah

• Elaun Perubatan

• Elaun Kemudahan

• Elaun Perjalanan

• Bayaran bekalan makanan, bahan api, lampu dan air.

• Baksis

• Caj Perkhidmatan

• Bayaran pampasan kehilangan pekerjaan

• Perbelanjaan diluar jangkaan yang diperlukan oleh jenis pekerjaannya

• Pembayaran caruman kepada tabung persaraan atau simpanan syarikat

Jika ganjaran yang biskita berikan tidak tersenarai di atas, biskita boleh memberikan maklumat mengenai ganjaran tersebut melalui emel enforcement@tap.com.bn.


Caruman Sukarela


Kedua Majikan dan Ahli boleh menambah caruman ke dalam skim secara sukarela selain daripda caruman mandatori. Caruman tambahan daripada Majikan akan dimasukkan ke dalam Akaun Ahli SPK yang. mana Ahli boleh keluarkan sebelum persaraan.


Bagi caruman sukarela yang dibuat oleh Majikan untuk Ahli yang menangguhkan penyertaan ke SPK, caruman sukarela tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun SCP Ahli secara automatik. Simpanan di dalam akaun SCP ini akan dimasukkan ke Akaun Persaraan SPK khusus untuk persaraan setelah Ahli menyertai skim SPK setelah mengeluarkan simpanan TAP pada umur 55 tahun.