Skim Persaraan Kebangsaan

Gold Generation (Umur 60 dan Ke Atas)

Pembayaran Top-Up

Ketahui lebih lanjut mengenai anuiti Ahli SPK Gold Generation Member semasa persaraan dengan adanya pilihan untuk pembayaran Top-up.

Siapakah yang diberikan pilihan untuk membuat pembayaran Top-up bagi Ahli SPK Gold Generation?


Ahli yang berumur 60 tahun dan ke atas sebelum tarikh pelaksanaan SPK:

  • Ahli Warganegara atau Penduduk Tetap (Stateless) Negara Brunei Darussalam yang berumur di atas 60 tahun.

  • Ahli yang pernah mengeluarkan keseluruhan baki SCP.

  • Ahli yang mempunyai baki SCP di bawah $12,000.00 yang belum pernah membuat pengeluaran.

Kenapa Ahli SPK Gold Generation diberi pilihan untuk pembayaran Top-up?

1. Baki SCP di bawah $12,000.00


Sebelum tarikh pelaksanaan pada 15 Julai 2023, jika Ahli SPK Gold Generation telah pernah mengeluarkan baki di bawah $12,000.00, Ahli mempunyai pilihan untuk membuat pembayaran Top-up.

2. Pembayaran Top-up untuk Anuiti SPK sehingga sepanjang hayat


Pembayaran Top-up adalah pilihan untuk memboleh Ahli SPK Gold Generation menampung semula jumlah minimum untuk mendapatkan Anuiti SPK minimum $250 sebulan sepanjang hayat.

Jenis Pembayaran Top-Up

Pembayaran Top-up Penuh

Ahli boleh membuat pembayaran Top-Up penuh untuk menerima bayaran Anuiti SPK Gold untuk sepanjang hayat.


Pembayaran Top-up Separa

Ahli boleh membuat pembayaran Top-Up dalam apa jua jumlah untuk MENINGKATKAN tempoh bayaran Anuiti SPK Gold (Tempoh bayaran akan dipanjangkan).

Tiada Pembayaran Top-up

Ahli boleh memilih untuk tidak membuat pembayaran Top-Up. TIADA PERUBAHAN kepada tempoh Anuiti SPK Gold.

Perkara yang awda perlu tahu sebagai Ahli SPK Gold Generation

Pembayaran Top-Up boleh dibuat dalam tempoh 1 tahun dari tarikh SPK dilaksanakan.

Pembayaran Top-Up hanya boleh dibuat SEKALI ke dalam Akaun Persaraan.

Ahli boleh membuat pembayaran Top-Up mengikut langkah berikut:

Melalui Cek atau Tunai

Ahli boleh membuat pembayaran Top-Up melalui kaunter TAP.


Pembayaran Bil melalui Perbankan Dalam Talian atau Mudah Alih

  • Ahli perlu mendapatkan Nombor Akaun SPK.

  • Log masuk ke Perbankan Dalam Talian.

  • Pilih perkhidmatan Pembayaran Bil dan pilih Tabung Amanah Pekerja dari pilihan institusi.

  • Isikan butiran pembayaran dengan betul:

      • Nombor Akaun SPK

      • Nombor kad pengenalan

      • Jumlah pembayaran

Soalan-soalan lazim

Ahli SCP yang sedang menerima bayaran anuiti SCP60 setiap bulan akan ditukarkan kepada SPK Gold dan akan menerima anuiti SPK. Di bawah SPK Gold yang baharu, Kerajaan akan membuat caruman bagi memastikan Ahli menerima bayaran anuiti sekurang-kurangnya $250.00 yang boleh mencapai seumur hidup.

Ya, awda akan menyertai SPK walaupun sebelum ini awda telah membuat pengeluaran sekaligus daripada Skim SCP. Sebagai Ahli SCP, awda layak menyertai SPK Gold dan menerima bayaran anuiti SPK tidak kurang daripada $250.00 sebulan.

Untuk terus menerima SPK Gold, sila kunjungi mana-mana cawangan TAP dan lengkapkan borang yang diperlukan. Pastikan awda membawa kad pengenalan asal awda dan butiran akaun bank yang berkaitan seperti kad bank, penyata bank atau buku bank, kerana pembayaran anuiti SPK awda akan dipindahkan terus ke akaun bank awda setiap bulan. Peruntukan ini adalah hanya untuk pemegang IC Kuning dan IC Ungu yang tiada kewarganegaraan asing (Stateless).


Tidak, awda tidak perlu menambah ke SPK untuk menerima jumlah anuiti bulanan $250.


Namun, bagi Ahli dengan baki SCP kurang dari $12,000 pada usia 60 tahun, mereka memiliki pilihan untuk menambah ke SPK dan akan mendapatkan pembayaran anuiti bulanan sehingga mencapai sepanjang hayat. Untuk menerima pembayaran anuiti sepanjang hayat, Ahli hanya perlu menambah hingga mencapai $12,000 berdasarkan simpanan SCP mereka pada usia 60 tahun.


Sebagai contoh, pada usia 60 tahun, baki SCP = $10,000.

Untuk menerima pembayaran anuiti bulanan sepanjang hayat, Ahli perlu menambah $2,000 untuk mencukupi kekurangan tersebut. 


Pada masa yang sama, Ahli dapat menambah jumlah yang mereka inginkan, tetapi tidak melebihi dari jumlah yang diperlukan untuk mencapai $12,000, dan akan mendapatkan tempoh pembayaran anuiti bulanan yang lebih lama.



Tidak, bagi yang menerima pencen adalah dikecualikan dari menerima pembayaran anuiti di bawah SPK.