Skim Persaraan Kebangsaan

Gold Generation (Umur 60 dan Ke Atas)

Ketahui lebih lanjut mengenai Ahli SPK Gold Generation yang menyertai skim SPK secara serta merta semasa pelaksanaan Skim Persaraan Kebangsaan.

Siapakah Ahli SPK Gold Generation Member?

Ahli SPK Gold Generation Members ialah Ahli yang pada asalnya menerima dari akaun SCP sebelum 15 Julai 2023:

  1. Ahli yang berumur 60 tahun sebelum 15 Julai 2023 dan menerima anuiti bulanan dari akaun SCP.

  2. Ahli yang berumur 60 tahun sebelum 15 Julai 2023 dan telah mengeluarkan 100% dari akaun SCP disebabkan baki di bawah $12,000.00.

  3. Keahlian Ahli adalah sebagai Ahli SCP sebelum 15 Julai 2023 dan belum pernah mengeluarkan simpanan SCP sejak mencapai umur 60 tahun.

Anuiti Ahli SPK Gold Generation Member


Manfaat dan penerimaan Anuiti SPK bagi Ahli SPK Gold Generation adalah tertakluk kepada baki SCP sebelum penyertaan ke SPK dan status kewarganegaraan Ahli.

Ahli SPK Gold

Selanjutnya 

SPK Gold Basic

Selanjutnya 

Pembayaran Top-up

Selanjutnya 

Soalan-soalan lazim

Ahli SCP yang sedang menerima bayaran anuiti SCP60 setiap bulan akan ditukarkan kepada SPK Gold dan akan menerima anuiti SPK. Di bawah SPK Gold yang baharu, Kerajaan akan membuat caruman bagi memastikan Ahli menerima bayaran anuiti sekurang-kurangnya $250.00 yang boleh mencapai seumur hidup.

Ya, awda akan menyertai SPK walaupun sebelum ini awda telah membuat pengeluaran sekaligus daripada Skim SCP. Sebagai Ahli SCP, awda layak menyertai SPK Gold dan menerima bayaran anuiti SPK tidak kurang daripada $250.00 sebulan. 

Untuk terus menerima SPK Gold, sila kunjungi mana-mana cawangan TAP dan lengkapkan borang yang diperlukan. Pastikan awda membawa kad pengenalan asal awda dan butiran akaun bank yang berkaitan seperti kad bank, penyata bank atau buku bank, kerana pembayaran anuiti SPK awda akan dipindahkan terus ke akaun bank awda setiap bulan. Peruntukan ini adalah hanya untuk pemegang IC Kuning dan IC Ungu yang tiada kewarganegaraan asing (Stateless).

Tidak, awda tidak perlu menambah ke SPK untuk menerima jumlah anuiti bulanan $250.

Namun, bagi Ahli dengan baki SCP kurang dari $12,000 pada usia 60 tahun, mereka memiliki pilihan untuk menambah ke SPK dan akan mendapatkan pembayaran anuiti bulanan sehingga mencapai sepanjang hayat. Untuk menerima pembayaran anuiti sepanjang hayat, Ahli hanya perlu menambah hingga mencapai $12,000 berdasarkan simpanan SCP mereka pada usia 60 tahun.


Sebagai contoh, pada usia 60 tahun, baki SCP = $10,000.

Untuk menerima pembayaran anuiti bulanan sepanjang hayat, Ahli perlu menambah $2,000 untuk mencukupi kekurangan tersebut. 


Pada masa yang sama, Ahli dapat menambah jumlah yang mereka inginkan, tetapi tidak melebihi dari jumlah yang diperlukan untuk mencapai $12,000, dan akan mendapatkan tempoh pembayaran anuiti bulanan yang lebih lama.

Tidak, bagi yang menerima pencen adalah dikecualikan dari menerima pembayaran anuiti di bawah SPK.