Manfaat SPK Gold Basic
Ahli SPK Gold Generation Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam (Warganegara Asing)akan menerima manfaat dari Akaun Persaraan SPK seperti berikut:
Menerima anuiti sehingga 20 tahun atau sehingga habis
Anuiti minimum $500 sebulan
Anuiti tertakluk kepada jumlah baki SCP
Perkara yang awda perlu tahu sebagai Ahli SPK Gold Basic
Ahli yang mempunyai baki SCP DI ATAS $12,000.00
Menerima Anuiti bulanan SCP,
Ahli akan menerima $500 sebulan sehingga baki habis.
Bagi yang belum pernah membuat pengeluaran SCP 60 tahun,
Anuiti SPK yang belum dikeluarkan dari umur 60 tahun sehingga SPK dilaksanakan akan masuk ke Akaun Ahli SPK. Pengeluaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat Akaun Ahli SPK.
Ahli yang mempunyai baki SCP DI BAWAH $12,000.00
Menerima SCP Keseluruhan,
Ahli yang telah membuat pengeluaran dari Akaun SCP secara keseluruhan tidak mempunyai baki di dalam Akaun Persaraan dan telah mengeluarkan semua simpanan persaraan.
Bagi yang belum pernah membuat pengeluaran SCP 60 tahun,
Baki SCP yang belum dikeluarkan dari Akaun SCP akan masuk ke Akaun Ahli SPK. Pengeluaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat Akaun Ahli SPK.
Soalan-soalan lazim
Bagi Ahli yang sedang menerima SCP60 secara bulanan (anuiti), adakah terdapat perubahan dalam pembayaran bulanan?
Ahli SCP yang sedang menerima bayaran anuiti SCP60 setiap bulan akan ditukarkan kepada SPK Gold dan akan menerima anuiti SPK. Di bawah SPK Gold yang baharu, Kerajaan akan membuat caruman bagi memastikan Ahli menerima bayaran anuiti sekurang-kurangnya $250.00 yang boleh mencapai seumur hidup.
Sebelum ini saya di bawah Skim SCP dan telah membuat pengeluaran keseluruhan. Bolehkah saya menyertai SPK?
Ya, awda akan menyertai SPK walaupun sebelum ini awda telah membuat pengeluaran sekaligus daripada Skim SCP. Sebagai Ahli SCP, awda layak menyertai SPK Gold dan menerima bayaran anuiti SPK tidak kurang daripada $250.00 sebulan.
Ya, awda akan menyertai SPK walaupun sebelum ini awda telah membuat pengeluaran sekaligus daripada Skim SCP. Sebagai Ahli SCP, awda layak menyertai SPK Gold dan menerima bayaran anuiti SPK tidak kurang daripada $250.00 sebulan.
Untuk terus menerima SPK Gold, sila kunjungi mana-mana cawangan TAP dan lengkapkan borang yang diperlukan. Pastikan awda membawa kad pengenalan asal awda dan butiran akaun bank yang berkaitan seperti kad bank, penyata bank atau buku bank, kerana pembayaran anuiti SPK awda akan dipindahkan terus ke akaun bank awda setiap bulan. Peruntukan ini adalah hanya untuk pemegang IC Kuning dan IC Ungu yang tiada kewarganegaraan asing (Stateless).
Perlukah saya menambah ke SPK bila ia dilaksanakan untuk menerima $250 anuiti bulanan?
Tidak, awda tidak perlu menambah ke SPK untuk menerima jumlah anuiti bulanan $250.
Namun, bagi Ahli dengan baki SCP kurang dari $12,000 pada usia 60 tahun, mereka memiliki pilihan untuk menambah ke SPK dan akan mendapatkan pembayaran anuiti bulanan sehingga mencapai sepanjang hayat. Untuk menerima pembayaran anuiti sepanjang hayat, Ahli hanya perlu menambah hingga mencapai $12,000 berdasarkan simpanan SCP mereka pada usia 60 tahun.
Sebagai contoh, pada usia 60 tahun, baki SCP = $10,000.
Untuk menerima pembayaran anuiti bulanan sepanjang hayat, Ahli perlu menambah $2,000 untuk mencukupi kekurangan tersebut.
Pada masa yang sama, Ahli dapat menambah jumlah yang mereka inginkan, tetapi tidak melebihi dari jumlah yang diperlukan untuk mencapai $12,000, dan akan mendapatkan tempoh pembayaran anuiti bulanan yang lebih lama.
Masa ini saya berumur 60 tahun dan menerima pencen. Adakah saya akan menerima anuiti bulanan di bawah SPK?