Kelayakan

Penamaan Pentadbir

Learn more about who can be nominated as the Member's Administrator and their responsibility to distribute Member's savings to the beneficiaries in the event of a Member's death.

Siapakah yang Layak Dilantik Sebagai Pentadbir Penama?


Ahli boleh melantik sehingga TIGA (3) Pentadbir Penama. 

Tanggungjawab Sebagai Pentadbir Penama

TAP akan membayar baki simpanan atau baki Manfaat Turunan Ahli yang meninggal dunia kepada Pentadbir Penama.

Bagi Ahli yang berugama Islam, Pentadbir Penama adalah bertanggungjawab untuk membahagikan baki simpanan mengikut Hukum Syara' dan bukan sebagai waris tunggal.

Bagi Ahli yang bukan berugama Islam, Pentadbir Penama adalah bertanggungjawab untuk membahagikan baki simpanan mengikut wasiat.

Soalan-soalan lazim

Selepas kematian Ahli, ahli keluarga boleh melaporkan kematian kepada TAP dengan menyediakan dokumen yang diperlukan. Semua simpanan dalam Akaun Ahli akan dikeluarkan kepada waris atau pentadbir penama yang dilantik.

Jika Pentadbir Penama pertama meninggal dunia, semua simpanan dalam akaun Ahli akan dikeluarkan kepada Penama ke-2 dan seterusnya. Sekiranya ketiga-tiga Penama Pentadbir meninggal dunia, semua simpanan dalam akaun Ahli akan dikeluarkan kepada Pegawai Pentadbir yang dilantik oleh Mahkamah Syariah atau Pejabat Probet.

Tidak, baki simpanan dalam akaun Ahli dan Manfaat Turunan akan dibayar kepada Penama Pentadbir yang dilantik oleh Ahli.

Tanggungan dan waris Ahli yang meninggal dunia akan menerima manfaat berikut:

• Dari Akaun Ahli, waris akan menerima 100% daripada baki dalam Akaun Ahli.

• Dari Akaun Persaraan, tanggungan akan menerima manfaat turunan berdasarkan senario berikut:


Bagi Ahli yang meninggal dunia sebelum umur 60 tahun, tanggungan akan menerima (Manfaat Turunan untuk tempoh 15 tahun), yang mana lebih tinggi:​ 

1. Manfaat turunan sebanyak $400 sebulan ATAU

2. 50% daripada anggaran anuiti terkini.


Tanggungan layak menerima minimum $400 jika mereka memenuhi syarat-syarat seperti mencarum sekurang-kurangnya 25% daripada tempoh keahlian sebagai Ahli TAP atau telah mencarum dalam tempoh 3 bulan yang lalu sebelum kematian.


Bagi Ahli yang meninggal dunia di antara umur 60 tahun dan ke bawah umur 75 tahun, tanggungan akan menerima bayaran untuk tempoh tersebut - baki umur Ahli mencapai umur 75 tahun (andaian jika Ahli masih hidup), yang mana lebih tinggi: 

1. Anuiti turunan sebanyak $250 sebulan ATAU 

2. 50% daripada anuiti yang diterima.


Setelah melaporkan kematian kepada TAP dan mengesahkan pentadbir yang dilantik, semua simpanan dalam Akaun Ahli awda akan dipindahkan ke Penama Pentadbir 1. Pentadbir kemudiannya akan bertanggungjawab untuk mengagihkan simpanan kepada waris yang layak dengan sewajarnya.


Walau bagaimanapun, sekiranya Pentadbir Penama 1 awda tidak dapat menjalankan tugas sebagai Pentadbir atau meninggal dunia, Pentadbir Penama 2 akan dihubungi dan seterusnya.