7 Mac 2025
Tabung Amanah Pekerja (TAP) telah membuat pendakwaan ke atas Syarikat Top Star Automobile Sdn Bhd atas kesalahan gagal membayar caruman pekerja dalam tempoh yang ditetapkan di bawah Bab 23 Akta Amanah Pekerja (Penggal 167) dan Bab 26 Akta Amanah Pencen Caruman Tambahan (Penggal 276).
Syarikat Top Star Automobile Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengarah syarikat tersebut telah mengaku bersalah ke atas pertuduhan iaitu gagal membuat pembayaran caruman skim TAP dan skim SCP bagi pekerja-pekerjanya dalam tempoh yang ditetapkan. Dalam hubungan ini, Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan telah menjatuhkan hukuman denda ke atas syarikat tersebut sebanyak $1,600.00 dan diarahkan untuk membayar denda dan kesemua caruman skim TAP dan skim SCP yang tertunggak termasuk dividen terakru sebanyak $976.02.
Di bawah Bab 26 Akta Amanah Pekerja (Penggal 167) dan Bab 29 Perintah Amanah Pencen Caruman Tambahan, 2009, jika sabit kesalahan, Majikan boleh dikenakan denda tidak melebihi $3,000.00 bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi $10,000.00 bagi kesalahan kedua dan selanjutnya.
Dalam hal ini, bagi memastikan kesejahteraan ahli TAP sentiasa terpelihara, TAP ingin mengingatkan para Majikan untuk sentiasa memastikan mereka membuat pembayaran caruman pekerja sebelum 15 pada bulan berikutnya bagi mengelakkan denda lewat pembayaran yang termasuk caj kerugian dividen dan caj perkhidmatan.
For enforcement-related matters such as non-registration of employees and non-payment of contributions, Employees are advised to lodge a complaint and share the information via the TAP Enforcement Unit hotline at 730 2929 or via email at enforcement@tap.com.bn.
Employees can also visit any nearby TAP branch or contact the TAP Call Center at 272 2929 during working hours. Complaints can also be made via the TAP online service (e-Amanah) for registered portal users or via the TAP website at www.tap.com.bn.