Skim Persaraan Kebangsaan 

Struktur Caruman (SPK)

Ketahui lebih lanjut mengenai struktur caruman SPK; ke mana arah tuju caruman awda dan caruman Majikan

Sebelum 15 Julai 2023

Kesemua Ahli mempunyai DUA akaun skim yang menggabungkan caruman daripada kedua Ahli dan Majikan:

Akaun TAP

Caruman Ahli + Caruman Majikan + Caruman Sukarela

Akaun SCP

Caruman Ahli + Caruman Majikan + Caruman Sukarela

Pelaksanaan Skim Persaraan Kebangsaan pada 15 Julai 2023

Struktur caruman telah diubah suai, dan caruman bagi skim TAP dan skim SCP telah diasingkan.


Kesemua caruman Ahli di dalam skim TAP dan skim SCP telah dipindahkan ke Akaun Ahli SPK. Dengan itu, akaun-akaun skim TAP dan SCP telah ditiadakan bagi Ahli yang telah berpindah ke skim SPK.

Akaun TAP

Caruman Ahli + Caruman Sukarela

Akaun SCP

Caruman Ahli + Caruman Sukarela

Akaun Ahli SPK

Caruman Ahli + Caruman Sukarela

Kesemua caruman Majikan di dalam skim TAP dan skim SCP telah dipindahkan ke Akaun Persaraan SPK, di mana ia adalah dana yang terkumpul hasil daripada caruman Majikan-Majikan dari sektor Swasta dan Kerajaan Brunei Darussalam.

Akaun TAP

Caruman Majikan

Akaun SCP

Caruman Majikan

Akaun Persaraan SPK

Kumpulan dana caruman daripada Majikan-Majikan

Apakah struktur caruman SPK?

Terdapat dua jenis akaun di dalam Skim Persaraan Kebangsaan:

  1. Akaun Ahli SPK.

  2. Akaun Persaraan SPK.

Akaun-akaun ini yang menyimpan caruman daripada Ahli dan Majikan. Secara kesimpulannya, caruman daripada gaji pokok Ahli akan masuk ke Akaun Ahli SPK, sementara caruman daripada Majikan akan masuk ke Akaun Persaraan SPK.

​​Struktur Caruman SPK

Ahli

Caruman dari gaji pokok Ahli akan dimasukkan ke dalam Akaun Ahli SPK. Simpanan di dalam akaun ini boleh dikeluarkan sebelum mencapai umur 60 tahun, dan pengeluaran terakhir adalah pada umur 60 tahun.

Gaji Ahli


8.5%

Akaun Ahli

 

Pada umur 60 tahun (Keseluruhan) 


Caruman Majikan


Kadar yang ditetapkan

Akaun Persaraan

​Pada umur 60 tahun 

(Anuiti sehingga sepanjang hayat) 


 Majikan

Caruman Majikan adalah mengikut kadar yang telah ditetapkan bagi kumpulan gaji Pekerja. Kesemua caruman Majikan akan dimasukkan ke Akaun Persaraan SPK, yang mana Ahli boleh membuat pengeluaran daripada akaun ini sebagai anuiti bulanan semasa mencapai umur 60 tahun untuk sepanjang hayat.