Skim Persaraan Kebangsaan

Manfaat Turunan

Ketahui lebih lanjut manfaat yang diterima daripada Akaun Persaraan SPK oleh tanggungan Ahli apabila Ahli meninggal dunia.

Apakah Manfaat Turunan?


Manfaat Turunan ialah manfaat yang diterima oleh tanggungan Ahli apabila Ahli meninggal dunia.


Terdapat dua jenis manfaat yang waris  Ahli akan menerima sekiranya Ahli meninggal dunia:

  1. Baki daripada Akaun Ahli SPK akan diberikan kepada waris Ahli mengikut Hukum Syara' atau wasiat Ahli.

  2. Manfaat Turunan daripada Akaun Persaraan SPK akan diberikan kepada tanggungan Ahli.

Sekiranya Ahli Meninggal Dunia


Tanggungan Ahli akan dilindungi Manfaat Turunan.


Manfaat Turunan memberikan manfaat keapda tanggungan Ahli yang berkelayakan untuk membantu meringankan beban tanggungan disebabkan kematian Ahli.


Sekiranya tiada tanggungan yang layak menerima manfaat, baki Manfaat Turunan akan dibayarkan secara keseluruhan (lump sum) kepada waris atau Pentadbir Penama.

 Tanggungan yang Layak



Suami atau isteri yang belum berkahwin semula



Anak-anak berumur di bawah 21 tahun dan belum berkahwin



Ibu bapa bagi Ahli yang belum berkahwin

Memahami Garis Masa Manfaat Turunan

Jika Ahli Meninggal Dunia Sebelum Umur 60 Tahun:

  • Tempoh menerima Manfaat Turunan: 15 tahun.

  • Jumlah: $400 sebulan ​atau ​​50% daripada anggaran anuiti terkini, tertakluk mana yang lebih tinggi.

  • Kelayakan Ahli: Minimum sebanyak $400 sebulan jika Ahli yang meninggal dunia telah mencarum sekurang-kurangnya 25% daripada tempoh keahlian sebagai Ahli TAP atau telah mencarum 3 bulan kebelakangan sebelum meninggal dunia.

Umur

60 tahun

75 tahun

Jika Ahli Meninggal Dunia Antara Umur 60 dan 75:

  • Tanggungan akan menerima pembayaran manfaat selama baki tempoh umur Ahli meninggal dunia sehingga umur Ahli 75 tahun (sekiranya Ahli masih hidup).

  • Jumlah: $250 sebulan atau ​​50% daripada anggaran anuiti terkini, tertakluk mana yang lebih tinggi.

  • Kelayakan Ahli: Minimum sebanyak $250 sebulan jika Ahli yang meninggal dunia telah mencarum sekurang-kurangnya 25% daripada tempoh keahlian sebagai Ahli TAP atau telah mencarum 3 bulan kebelakangan sebelum meninggal dunia.