Skim Persaraan Kebangsaan

Manfaat Akaun Persaraan

Ketahui lebih lanjut mengenai manfaat yang diterima oleh Ahli daripada Akaun Persaraan SPK.

Apakah Akaun Persaraan SPK?


Akaun Persaraan SPK ialah dana terkumpul hasil daripada caruman yang dibuat oleh Majikan-Majikan serta bantuan tambahan daripada Kerajaan. Dana yang terkumpul di dalam Akaun Persaraan SPK ini akan digunakan untuk bayaran bulanan (Anuiti SPK) kepada Ahli semasa persaraan mereka.


Majikan akan mencarum mengikut kadar yang telah ditetapkan bagi kumpulan gaji Ahli (Pekerja). Caruman ini yang akan dimasukkan ke dalam Akaun Persaraan SPK.


Bolehkah saya mencarum lebih ke dalam Akaun Persaraan SPK ini?


Akaun Persaraan SPK ini adalah khas untuk caruman daripada Majikan sahaja. Ahli boleh mencarum secara sukarela di dalam Akaun Ahli SPK untuk membantu meningkatkan simpanan persaraan Ahli.

Manfaat Akaun Persaraan SPK

untuk Ahli Warganegara dan Penduduk Tetap (Stateless)


Ahli SPK Warganegara (Kad Pengenalan Kuning) dan Penduduk Tetap (Stateless - Kad Pengenalan Ungu) berkelayakan untuk menerima manfaat penuh Akaun Persaraan SPK.

Manfaat Akaun Persaraan SPK


Majikan mencarum ke dalam Akaun Persaraan SPK untuk menyokong kebajikan Pekerja semasa persaraan. Selain dari itu, tanggungan Ahli (Pekerja) juga dilindungi Manfaat Turunan.

Manfaat Anuiti SPK bagi Warganegara & Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam (Stateless)


Anuiti yang boleh mencapai sehingga sepanjang hayat
Anuiti minimum sebanyak $250 bagi Ahli berkerakyatan Brunei dan Penduduk Tetap (Stateless)
Anuiti diselaras dengan inflasi
Tanggungan dilindungi Manfaat Turunan

Manfaat Akaun Persaraan SPK

bagi Ahli SPK Warganegara Asing


Ahli SPK Warganegara Asing (Kad Pengenalan Ungu)  akan menerima manfaat SPK Basic

Apakah SPK Basic?


Majikan akan terus mencarum ke dalam Akaun Persaraan SPK sebagai sokongan dalam memastikan kebajikan Pekerja terjamin semasa persaraan. Bagi Ahli di dalam kategori ini, Ahli akan menerima manfaat yang asas daripada Akaun Persaraan SPK.


SPK Basic memberikan manfaat anuiti bermula umur 60 tahun di mana simpanan Akaun Persaraan SPK Ahli akan dibayarkan secara bulanan (anuiti) selama 20 tahun. Cara pengiraan anuiti bulanan adalah berdasarkan jumlah simpanan dalam Akaun Persaraan Akaun SPK dibahagi dengan 240 bulan.


Sekiranya anuiti bulanan adalah kurang daripada $500, pembayaran anuiti akan digenapkan ke $500 sebulan dan pembayaran adalah sehingga simpanan Ahli di dalam Akaun Persaraan SPK habis. Manfaat bagi Akaun Ahli SPK adalah masih sama seperti Ahli SPK yang lain.

Manfaat Anuiti SPK bagi Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam (Warganegara Asing)



Menerima anuiti mencapai sehingga 20 tahun atau sehingga habis

Anuiti minimum sebanyak $500 sebulan

Anuiti tertakluk kepada jumlah caruman majikan sepanjang tempoh pekerjaan Ahli

Soalan-soalan lazim

Anuiti SPK merujuk kepada bayaran bulanan yang Ahli terima daripada Akaun Persaraan SPK, iaitu dari caruman Majikan Ahli serta bantuan daripada Kerajaan. Ini adalah untuk memastikan Ahli mempunyai pendapatan persaraan bulanan yang lebih tinggi semasa bersara pada usia 60 tahun.

Jumlah anuiti dan tempoh pembayaran akan tertakluk kepada beberapa faktor seperti anggaran purata Perbelanjaan Isi Rumah, Kadar Penggantian Pendapatan (IRR), purata gaji Ahli, kadar inflasi dan produktiviti kerja.

Ahli SPK akan menerima minimum $250.00 sebulan. Ahli boleh menerima lebih banyak berdasarkan faktor-faktor seperti produktiviti yang lebih tinggi dan gaji purata. Setiap Ahli akan mempunyai anuiti SPK yang berbeza.

Tempoh pembayaran dan jumlah pembayaran bagi Anuiti SPK tertakluk kepada faktor-faktor yang dinyatakan dalam soalan no. 81 termasuk produktiviti kerja. Produktiviti atau gaji purata yang tinggi, boleh memastikan jumlah anuiti dan tempoh pembayaran yang lebih baik.

Awda boleh mengakses maklumat anuiti SPK secara dalam talian melalui portal e-Amanah awda.


Log masuk


Keahlian dalam SPK adalah berdasarkan kelayakan umur, bukan status pekerjaan. Oleh itu, awda masih boleh menyertai SPK walaupun awda tidak lagi bekerja atau digantung kerja buat masa ini.


Pengiraan Anuiti SPK mengambil kira faktor-faktor seperti Kadar Penggantian Pendapatan (IRR), Purata Gaji, dan Produktiviti Kerja. Jika awda tidak mencarum disebabkan pengangguran atau penggantungan kerja, ia boleh menjejaskan faktor "Produktiviti Kerja" awda dalam pengiraan anuiti. SPK menggalakkan Ahli untuk terus bekerja dan berusaha untuk meningkatkan produktiviti, sama ada dalam sektor formal atau tidak formal, kerana ini boleh membawa kepada anuiti SPK yang lebih tinggi untuk persaraan yang lebih selesa.

Akaun Persaraan SPK hanya untuk caruman daripada Majikan. Walau bagaimanapun, awda mempunyai pilihan untuk membuat caruman sukarela ke dalam Akaun Ahli awda, yang boleh membantu awda menyimpan lebih banyak untuk persaraan awda.

Sebaik sahaja awda menjadi warganegara Brunei Darussalam, awda layak untuk mengikuti program SPK biasa. Walau bagaimanapun, mungkin terdapat penyelarasan kepada faedah awda berdasarkan status warganegara baharu awda. Adalah penting untuk memaklumkan kepada TAP tentang status warganegara awda dengan segera agar TAP dapat mengira semula dan selaraskan akaun awda.

Jika awda mempunyai Kad Pengenalan Ungu dan awda bukan warganegara asing, awda layak menjadi Ahli SPK biasa. Walau bagaimanapun, jika awda termasuk dalam SPK Basic, awda perlu memaklumkan TAP tentang status awda supaya mereka boleh membuat penyelarasan pada akaun awda.

Keseluruhan jumlah dalam Akaun Persaraan akan dibayarkan kepada Pentadbir Penama yang dilantik. Sekiranya Ahli beragama Islam, jumlah tersebut akan diserahkan kepada Pentadbir Penama yang akan membahagikan kepada waris berpandukan Hukum Syara’.


Sekiranya tiada Pentadbir Penama yang dilantik, jumlah tersebut akan diserahkan kepada Pegawai Probet.