Apakah Akaun Persaraan SPK?
Akaun Persaraan SPK ialah dana terkumpul hasil daripada caruman yang dibuat oleh Majikan-Majikan serta bantuan tambahan daripada Kerajaan termasuk Match-Up dari Kerajaan untuk Ahli SPK Bekerja Sendiri.Dana yang terkumpul di dalam Akaun Persaraan SPK ini akan digunakan untuk bayaran bulanan (Anuiti SPK) kepada Ahli semasa persaraan mereka.
Ahli SPK Bekerja Sendiri akan mencarum ke dalam Akaun Persaraan SPK, dan Kerajaan akan mencarum Match-Up sebanyak $17.50 ke dalam akaun tersebut, sebagai ganti Majikan memandangkan individu ini tidak mempunyai Majikan.
Bolehkah saya mencarum lebih ke dalam Akaun Persaraan SPK ini?
Akaun Persaraan SPK ini adalah khas untuk caruman daripada Majikan dan Match-Up dari Kerajaan sahaja. Ahli boleh mencarum secara sukarela di dalam Akaun Ahli SPK untuk membantu meningkatkan simpanan persaraan Ahli.
Manfaat Akaun Persaraan SPK
Manfaat Akaun Persaraan SPK bagi Ahli SPK Bekerja Sendiri tidak berlainan dari Ahli SPK yang lainnya. Bagi Ahli SPK Bekerja Sendiri, tidak ada Majikan tetapi Kerajaan yang akan mencarumkan ke dalam Akaun Persaraan SPK untuk memastikan kebajikan individu yang Bekerja Sendiri ini terjami semasa persaraan. Tambahan pula, tanggungan Ahli SPK Bekerja Sendiri ini juga dilindungi Manfaat Turunan.
Manfaat Akaun Persaraan SPK
untuk Ahli Warganegara dan Penduduk Tetap (Stateless)
Ahli SPK Bekerja Sendiri Warganegara (Kad Pengenalan Kuning) dan Penduduk Tetap (Stateless - Kad Pengenalan Ungu) berkelayakan untuk menerima manfaat penuh Akaun Persaraan SPK.
Manfaat Anuiti SPK bagi Warganegara & Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam (Stateless)
Anuiti yang boleh mencapai sehingga sepanjang hayat
Anuiti minimum sebanyak $250 bagi Ahli berkerakyatan Brunei dan Penduduk Tetap (Stateless)
Anuiti diselaras dengan inflasi
Tanggungan dilindungi Manfaat Turunan
Manfaat Akaun Persaraan SPK
bagi Ahli SPK Bekerja Sendiri Warganegara Asing
Ahli SPK Warganegara Asing (Kad Pengenalan Ungu) akan menerima manfaat SPK Basic.
Apakah SPK Basic?
Ahli SPK Bekerja Sendiri dan Kerajaan akan terus mencarum ke dalam Akaun Persaraan SPK dan Anuiti SPK bagi Ahli di dalam kategori ini akan menerima manfaat yang asas daripada Akaun Persaraan SPK.
SPK Basic memberikan manfaat anuiti bermula umur 60 tahun di mana simpanan Akaun Persaraan SPK Ahli akan dibayarkan secara bulanan (anuiti) selama 20 tahun. Cara pengiraan anuiti bulanan adalah berdasarkan jumlah simpanan dalam Akaun Persaraan Akaun SPK dibahagi dengan 240 bulan.
Sekiranya anuiti bulanan adalah kurang daripada $500, pembayaran anuiti akan digenapkan ke $500 sebulan dan pembayaran adalah sehingga simpanan Ahli di dalam Akaun Persaraan SPK habis. Manfaat bagi Akaun Ahli SPK adalah masih sama seperti Ahli SPK yang lain.
Manfaat Anuiti SPK bagi Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam (Warganegara Asing)
Menerima anuiti mencapai sehingga 20 tahun atau sehingga habis
Anuiti minimum sebanyak $500 sebulan
Anuiti tertakluk kepada jumlah caruman majikan sepanjang tempoh pekerjaan Ahli