Tip Pembayaran Pengeluaran 

bagi Penamaan Pentabir

Ketahui lebih lanjut mengenai pembayaran pengeluaran kepada Pentabir Penama semasa kematian Ahli.

Manfaat Melantik Petadbir Penama


Penamaan Pentabir adalah bagi Ahli SPK untuk memastikan Ahli mempunyai Pentadbir untuk membahagikan baki simpanan Akaun Ahli SPK setelah kematian Ahli.


Ahli SPK boleh melantik Pentadbir Penama yang bertanggungjawab untuk mengagihkan baki simpanan kepada waris yang berhak.



Proses pengeluaran baki simpanan lebih mudah dan pendek dengan membolehkan Pentadbir Penama terus memohon Pengeluaran Hak Waris.


Pembayaran pengeluaran akan dibayar terus kepada Pentadbir Penama sebagai wakil untuk dibahagikan kepada waris-waris yang berhak.

Perkara yang Ahli Perlu Tahu Mengenai Pembayaran Pengeluaran Kepada Pentadbir Penama

Pentadbir Utama:

Ahli boleh memberikan keutamaan Pentadbir Penama dari yang petama ke yang ketiga.

Pembayaran kepada Pentadbir Pertama:

Setelah Ahli meninggal dunia, baki simpanan Ahli atau Manfaat Turunan akan dibayarkan kepada Pentadbir Penama pertama yang akan bertanggungjawab untuk membahagikan jumlah pengeluaran kepada waris yang berhak.

Pentadbir Pengganti:

Sekiranya Pentadbir Penama tidak dapat mealaksanakan tanggungjawab sebagai Pentadbir akibat kematian, tidak sempurna akal atau kecacatan fizikal/mobiliti, Pentadbir Penama yang seterusnya (jika ada) yang akan menerima baki simpanan Ahli atau Manfaat Turunan.

Sekiranya tiada Pentadbir Penama dilantik atau tidak dapat menjalankan tangggungjawab:

  1. Pewaris dikehendaki untuk mendapatkan Surat Pentadbir Pusaka daripada Pejabat Waris atau Sijil Faraid daripada Mahkamah Syariah.

  2. Pembayaran akan dibuat kepada Petadbir yang dilantik Pejabat Waris atau pewaris yang dinyatakan dalam Sijil Faraid dari Mahkamah Syariah.

  3. Bagi Ahli yang bukan berugama Islam, pembayaran akan dibuat mengikut wasiat, atau sekiranya tiada wasiat, mengikut undang-undang yang berkaitan dengan penggantian tidak berwasiat.

Soalan-soalan lazim

Selepas kematian Ahli, ahli keluarga boleh melaporkan kematian kepada TAP dengan menyediakan dokumen yang diperlukan. Semua simpanan dalam Akaun Ahli akan dikeluarkan kepada waris atau pentadbir penama yang dilantik.

Jika Pentadbir Penama pertama meninggal dunia, semua simpanan dalam akaun Ahli akan dikeluarkan kepada Penama ke-2 dan seterusnya. Sekiranya ketiga-tiga Penama Pentadbir meninggal dunia, semua simpanan dalam akaun Ahli akan dikeluarkan kepada Pegawai Pentadbir yang dilantik oleh Mahkamah Syariah atau Pejabat Probet.

Tidak, baki simpanan dalam akaun Ahli dan Manfaat Turunan akan dibayar kepada Penama Pentadbir yang dilantik oleh Ahli.

Tanggungan dan waris Ahli yang meninggal dunia akan menerima manfaat berikut:

• Dari Akaun Ahli, waris akan menerima 100% daripada baki dalam Akaun Ahli.

• Dari Akaun Persaraan, tanggungan akan menerima manfaat turunan berdasarkan senario berikut:


Bagi Ahli yang meninggal dunia sebelum umur 60 tahun, tanggungan akan menerima (Manfaat Turunan untuk tempoh 15 tahun), yang mana lebih tinggi:​​

1. Manfaat turunan sebanyak $400 sebulan ATAU

2. 50% daripada anggaran anuiti terkini.


Tanggungan layak menerima minimum $400 jika mereka memenuhi syarat-syarat seperti mencarum sekurang-kurangnya 25% daripada tempoh keahlian sebagai Ahli TAP atau telah mencarum dalam tempoh 3 bulan yang lalu sebelum kematian.


Bagi Ahli yang meninggal dunia di antara umur 60 tahun dan ke bawah umur 75 tahun, tanggungan akan menerima bayaran untuk tempoh tersebut - baki umur Ahli mencapai umur 75 tahun (andaian jika Ahli masih hidup), yang mana lebih tinggi:​

1. Anuiti turunan sebanyak $250 sebulan ATAU

2. 50% daripada anuiti yang diterima.


Setelah melaporkan kematian kepada TAP dan mengesahkan pentadbir yang dilantik, semua simpanan dalam Akaun Ahli awda akan dipindahkan ke Penama Pentadbir 1. Pentadbir kemudiannya akan bertanggungjawab untuk mengagihkan simpanan kepada waris yang layak dengan sewajarnya.


Walau bagaimanapun, sekiranya Pentadbir Penama 1 awda tidak dapat menjalankan tugas sebagai Pentadbir atau meninggal dunia, Pentadbir Penama 2 akan dihubungi dan seterusnya.