
KOD TATAKELAKUAN TAPᶜᴱᴿᵀ

INTEGRITI YANG
PROFESIONAL
Mengekalkan Standard Yang Tinggi:
Bagi memastikan keyakinan serta kepercayaan pihak awam terhadap TAP dan perkhidmatannya, perlu mengekalkan tahap integriti profesionalisme serta komitment tingkah laku etika yang tinggi ketika berinteraksi.
Ketelusan:
Pihak berkepentingan diberi nasihat secara terang dan terbuka, memupuk akauntabiliti, dengan keputusan-keputusan yang berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang telus dan jelas berkenaan dengan skim-skim TAP dan perancangan persaraan.

KERAHSIAAN
Menghormati Privasi:
Maklumat hanya akan dikongsikan mengikut tunas undang-undang serta keperluan sebarang akta, atau dengan persetujuan daripada pemilik maklumat berkenaan. Perlindungan maklumat peribadi serta maklumat kewangan ahli-ahli TAP adalah diklasifikasikan sebagai maklumat sulit pada setiap masa.
Keselamatan Data:
Jaminan kepercayaan serta keselamatan maklumat ahli-ahli TAP diberikan melalui langkah-langkah keselamatan serta perlindungan maklumat yang ketat bagi mengelakkan sebarang kebocoran, penyalahgunaan serta akses yang tidak dibenarkan.

KETEPATAN DAN
KEBOLEHPERCAYAAN
Memberikan Maklumat yang Tepat:
Memastikan pihak berkepentingan senantiasa berkeyakinan ketika perancangan kewangan melalui pemberian maklumat-maklumat serta skim TAP yang tepat dan terkini.
Pembelajaran Yang Berterusan
Menambahbaik perkhidmatan secara berkualiti kepada ahli-ahli TAP melalui pembabitan yang aktif dalam peningkatan kemahiran serta mendapatkan maklumat terkini, peraturan-peraturan serta amalan-amalan terbaik di dalam perancangan persaraan.

KEADILAN DAN
KETIDAKBERPIHAKAN
Memberikan layanan yang sama rata:
Memastikan persekitaran yang inklusif melalui layanan adil serta komitmen kepada semua Ahli TAP tanpa mengira status serta latar belakang yang pelbagai dan berbeza.
Konflik Kepentingan:
Profesionalisme di dalam memberi keputusan dan nasihat yang tidak dipengaruhi oleh sebarang konflik kepentingan. Proaktif di dalam mengambil langkah awal dalam mengisytiharkan sebarang konflik kepentingan, jika ada.

AKAUNTABILITI
Bertanggungjawab:
Memastikan penambahbaikan secara berterusan dalam penyampaian perkhidmatan melalui akauntabiliti ke atas tindakan dan keputusan yang dibuat serta menangani sebarang kesilapan dengan segera dan telus.
Mematuhi Garispanduan:
Memastikan semua aktiviti profesional adalah senantiasa boleh dipercayai, tepat dan konsisten, perlu pematuhan kepada setiap peraturan undang-undang serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak TAP.

KOMUNIKASI
Komunikasi yang Berkesan:
Memastikan ahliahli TAP dan pihak awam mendapat maklumat yang mudah diakses, difahami, dan dilaksanakan, tercapai melalui komunikasi yang jelas, ringkas dan profesional.
Sokongan Responsif:
Dalam menangani sebarang pertanyaan, kebimbangan serta memastikan kepercayaan dan kepuasan di kalangan Ahli TAP dan pihak berkepentingan adalah dicapai, ianya perlu ditangani melalui pemberian sokongan-sokongan yang cepat, dengan penuh perhatian, yang menuju kepada penyelesaian.

HORMAT
DAN MARUAH
Menggalakkan Sifat Hormat:
Memupuk persekitaran yang inklusif dan saling menyokong dengan mengekalkan budaya hormatmenghormati, menjaga maruah, menghargai kepelbagaian serta keperibadian setiap individu ketika berinteraksi.
Perilaku yang Profesional:
Menghindari sebarang tingkah laku yang boleh dianggap sebagai gangguan, diskriminasi, atau intimidasi / ugutan melalui setiap tindakan dan dalam katakata yang mencerminkan integriti serta rasa hormat dengan tingkah laku profesional yang tertinggi.

PEMATUHAN
Mematuhi Piawaian Undang-Undang:
Memastikan semua tindakan adalah sejajar dengan undang-undang dan etika, melalui komitmen pematuhan kepada semua undangundang, peraturan, dan piawaian industri yang berkenaan.
Keperluan untuk Pensijilan:
Mengekalkan kesahihan dan kredibiliti TAPᶜᴱᴿᵀ melalui pematuhan persyaratan pensijilan yang telah ditetapkan.
Penggunaan Logo/Tanda TAPᶜᴱᴿᵀ yang teratur:
Senarai individu atau entiti yang diiktiraf dan diperakui oleh TAP boleh didapati di laman web rasmi TAP di www.tap.com.bn. Logo dan tanda TAPᶜᴱᴿᵀ adalah hak milik berdaftar TAP dan hanya boleh digunakan oleh individu yang diiktiraf atau entiti yang diperakui oleh TAP (Organisasi), selaras dengan panduan penggunaan yang telah ditetapkan.