SPK Bekerja Sendiri

  1. Bukan Majikan.
  2. Bukan Pekerja.
  3. Individu yang disahkan oleh Pihak Berkuasa sebagai Bekerja Sendiri.

Untuk layak menerima caruman padanan (match-up) dari Kerajaan sebanyak $17.50, Ahli Bekerja Sendiri boleh mencarum di antara kadar minimum $17.50 sehingga $40.00 dan dimasukkan ke Akaun Persaraan. Caruman kurang daripada $17.50 tidak akan mendapat caruman padanan (match-up) dan akan dimasukkan ke dalam Akaun Ahli (sebagai caruman sukarela). Untuk pembayaran lebih daripada $40, lebihan caruman melebihi jumlah $40 akan dimasukkan ke dalam akaun Ahli sebagai caruman sukarela.

Untuk Ahli Bekerja Sendiri:

Simpanan akaun SCP akan diubah sewajarnya berdasarkan caruman daripada Ahli dan Kerajaan. Caruman daripada Ahli Bekerja Sendiri SCP yang bukan Padanan oleh Kerajaan (caruman yang kurang daripada $17.50 atau lebih daripada $40.00) akan dimasukkan ke dalam Akaun Ahli. Bagi caruman Ahli SCP berjumlah $17.50 sebulan dan padanan daripada Kerajaan akan dimasukkan ke dalam Akaun Persaraan untuk menyediakan Ahli dengan Anuiti SPK yang lebih baik.


SPK SE = Caruman Awda + Caruman Padanan Kerajaan = Masukkan ke dalam Akaun Persaraan

Sekiranya Ahli tidak disahkan sebagai Ahli Bekerja Sendiri, caruman akan dimasukkan ke dalam Akaun Ahli, tetapi tidak akan menerima caruman padanan (match-up) Kerajaan. Walau bagaimanapun, mereka masih layak untuk menerima manfaat daripada Akaun Ahli mereka.

Ya, selagi awda memenuhi kriteria pendaftaran untuk menjadi Ahli SPK Bekerja Sendiri, awda boleh mendaftar secara dalam talian melalui portal e-Amanah. Selepas pendaftaran berjaya, awda akan diberikan Akaun Ahli SPK dan boleh mula mencarum. Dengan mencarum jumlah caruman kelayakan, akan menerima manfaat caruman padanan (match-up) Kerajaan dan akan dianggap produktif. Produktiviti yang lebih tinggi akan memberi kesan positif terhadap jumlah anuiti yang akan awda terima semasa bersara.

Status keahlian awda akan berubah secara automatik apabila Majikan awda mendaftarkan awda sebagai Pekerja mereka. Awda boleh memberikan nombor akaun Ahli SPK sedia ada kepada Majikan awda untuk proses pendaftaran dan awda boleh terus menyimpan dalam Akaun Ahli sedia ada awda.

Sekiranya dokumen pengesahan Ahli SPK Bekerja Sendiri telah mansuh, mereka tidak akan menerima faedah caruman padanan (Match-up) dan sebarang caruman yang diterima akan dikreditkan sebagai caruman sukarela ke dalam Akaun Ahli mereka. Ahli dinasihatkan untuk memperbaharui dokumen pengesahan mereka untuk terus menerima faedah caruman padanan (Match-up). Kegagalan memperbaharui dokumen boleh menjejaskan produktiviti Ahli dan seterusnya memberi kesan kepada pengiraan anuiti SPK mereka.

Untuk mendapatkan caruman padanan (Match Up) daripada Kerajaan, Ahli yang bekerja sendiri perlu mencarum mengikut kadar yang ditetapkan sebelum tarikh akhir iaitu 15hb pada bulan berikutnya.

Sebagai contoh, untuk caruman bulan April, bagi mendapatkan caruman padanan daripada Kerajaan, Ahli mestilah mencarum untuk bulan tersebut selewatnya pada 15 Mei pada bulan berikutnya. Sekiranya Ahli mencarum bagi kali kedua sebelum tarikh akhir berkenaan, caruman yang kedua itu adalah dianggap sebagai caruman sukarela dan tiada caruman padanan daripada Kerajaan akan diberikan.

Ahli juga mestilah memastikan dokumen pengesahan bekerja sendiri dibaharui dan dikemaskini dalam e-Amanah sebelum dokumen tersebut mansuh bagi terus melayakkan untuk menerima caruman padanan berkenaan.

Caruman sukarela boleh dibuat melalui dalam talian mengikut tatacara ini.