Kepentingan Menyerahkan Dokumen Pengesahan
Dokumen yang Disahkan
Individu yang memberikan bukti untuk status bekerja sendiri akan disahkan sebagai Ahli SPK Bekerja Sendiri yang Disahkan. Ahli SPK Bekerja Sendiri yang Disahkan ini boleh mencarum ke dalam kedua-dua Akaun Ahli SPK dan Akaun Persaraan SPK dan akan menerima caruman Match-up dari Kerajaan. Ahli ini akan menerima manfaat dari kedua0dua akaun untuk simpanan sebelum persaraan dan layak mendapatkan pembayaran Anuiti SPK semasa persaraan.
Tiada Dokumen Pengesahan
Sekiranya status keahlian Bekerja Sendiri tidak disahkan, caruman daripada Ahli ini akan dimasukkan ke dalam Akaun Ahli SPK sahaja. Tiada manfaat caruman Match-up dari Kerajaan diberikan akan tetapi AHli masih dibolehkan untuk membuat pengeluaran dari Akaun Ahli SPK.
Senarai Dokumen Pengesahan
Jenis Bekerja Sendiri
Bukti Dokumen
Runners
Pendaftaran di Kementerian Pengangkutan dan Info-Komunikasi.
Penjual Dalam Talian
Sijil Pendaftaran dari ROCBN (Registry of Companies and Business Names Division).
Petani
- Bukti dokumen dari Jabatan Pertanian dan Agrifood - untuk petani.
- Pensijilan daripada Kementerian Sumber Utama & Pelancongan.
Nelayan
Bukti dokumen seperti lesen/permit daripada Jabatan Perikanan (Perintah Perikanan, 2009)
Pemandu Dart, Teksi
- Sijil daripada Dart.
- Lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Darat.
Gerai / tamu / Vendor pasaran
Kontrak dan/atau resit pembayaran ruang yang disewa (gerai/tamu/pasar).
Pemandu pelancong
Pensijilan daripada Kementerian Sumber Utama & Pelancongan.
Tutor
Sijil Pendaftaran Institusi Pendidikan daripada Seksyen Pendidikan Swasta, Kementerian Pendudukan (MOE).
Pusat jagaan kanak-kanak
Lesen Penjagaan Kanak-kanak daripada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Ejen Insuran
- Bukti pendaftaran sebagai ejen di bawah Brunei Darussalam Central Bank (BDCB).
- Pensijilan daripada Agensi Insurans iaitu Brunei Insurance & Takaful Association (BITA).
Dokumen alternatif
Individu Bekerja Sendiri yang tidak mempunyai dokumen yang diperlukan di atas boleh menyerahkan Sijil Pendaftaran dari ROCBN (Registry of Companies and Business Names Division) sebagai dokumen minimum untuk pengesahan.
Nota:
Sekiranya dokumen Ahli SPK Bekerja Sendiri mansuh, Ahli tidak akan menerima manfaat caruman Match-up dari Kerajaan, dan mana-mana caruman yang diterima akan dimasukkan ke dalam Akaun Ahli SPK sebagai caruman sukarela. Ahli adalah dinasihatkan untuk mengemaskini dokumen pengesahan untuk terus menerima manfaat caruman Match-Up. Gagal dalam mengemaskini dokumen boleh memberi kesan kepada produktiviti Ahli dan memberi impak kepada pengiraan Anuiti SPK.
Jadi Ahli SPK Bekerja Sendiri
yang Disahkan
Daftar melalui e-Amanah bagi individu bekerja sendiri yang belum pernah berdaftar.
Bagi Ahli SPK Bekerja Sendiri yang pernah mendaftar sebelum pelaksanaan SPK boleh emel dokumen pengesahan ke selfemployed@tap.com.bn dan sertakan nama dan nombor kad pengenalan di dalam emel tersebut.
Soalan-soalan lazim
Saya bekerja formal sebelum menyertai SPK sebagai Ahli Bekerja Sendiri. Adakah saya akan diberi akaun baru sebagai Ahli SPK Bekerja Sendiri?
Tidak, Ahli SPK Bekerja Sendiri akan terus menggunakan nombor akaun SPK yang telah digunakan dari pekerjaan formal yang sebelumnya.
Saya seorang pelajar dan mempunyai perniagaan sambilan, bolehkah saya menyertai SPK?
Ya, individu hendaklah mencukupi kriteria pendaftaran sebagai Ahli SPK Bekerja Sendiri, awda boleh mendaftar secara dalam talian melalui portal e-Amanah. Setelah berjaya mendaftar, awda akan diberikan akaun Ahli SPK dan boleh mula mencarum. Dengan mencarum kadar caruman yang berkelayakan, awda akan menerima manfaat Match-Up dari Kerajaan dan akan dikira sebagai produktif.
Produktiviti yang lebih lama akan memberikan impak positif kepada anuiti yang awda akan terima pada masa akan datang.
Sekiranya saya mendapat pekerjaan di sektor formal, adakah saya perlu memaklumkan TAP?
Status keahlian awda akan berubah secara automatik apabila Majikan mendaftarkan awda sebagai pekerja di syarikat mereka. Awda boleh memberikan Nombor Akaun SPK Ahli kepada Majikan awda bagi tujuam proses pendaftaran, dan awda boleh terus menyimpan ke dalam Akaun Ahli SPK awda yang sedia ada.
Sekiranya saya di bawah SCP Bekerja Sendiri sebelum pelaksanaan SPK, apakah yang perlu saya lakukan setelah SPK dilaksanakan?
Awda perlu mengemaskini profil awda melalui portal e-Amanah dan serahkan dokumen pengesahan melalui emel di selfemployed@tap.com.bn dan sertakan nama dan nombor kad pengenalan awda di dalam emel.