Penangguhan Skim Persaraan Kebangsaan

Pembayaran Balik bagi 

Ahli Silver Generation (Umur 50 - 59)

Ketahui lebih lanjut mengenai pembayaran balik jika Ahli yang menangguhkan SPK memilih untuk membayar balik bahagian Majikan setelah pengeluaran.

Siapa yang diberi pilihan untuk membuat pembayaran balik dalam Silver Generation?


Ahli yang berumur 50-59 tahun yang telah menandatangani borang persetujuan untuk menangguhkan penyertaan ke SPK sehingga Pengeluaran TAP 55 Tahun telah dikeluarkan 100%.

Kenapa Ahli yang menangguhkan SPK diberikan pilihan untuk pembayaran balik?

Akaun Persaraan SPK adalah simpanan yang mengumpulkan caruman dari setiap Majikan.


Penangguhan ke SPK membolehkan Ahli untuk mengeluarkan 100% simpanan akaun TAP pada umur 55 tahun.


Dengan pengeluaran 100% itu, Ahli juga akan mengeluarkan bahagian Majikan yang mana ia akan mengurangkan bahagian Majikan di dalam Akaun Persaraan SPK semasa berpindah ke SPK - hanya simpanan akaun SCP yang akaun masuk ke dalam Akaun Persaraan SPK apabila simpanan akaun TAP dikeluarkan. 

Dengan pengurangan caruman Majikan dalam Akaun Persaraan SPK, ia akan mengurangkan Anuiti SPK (bulanan) untuk persaraan Ahli.

Ahli boleh membuat pembayaran balik untuk menambah semula bahagian Majikan untuk meningkatkan Anuiti SPK (bulanan) untuk persaraan.

Jenis Pembayaran Balik

Pembayaran Balik Penuh

Ahli boleh membuat pembayaran balik penuh bagi bahagian Majikan untuk menerima Anuiti SPK Penuh.

Pembayaran Balik Separa

Ahli boleh membuat pembayaran balik separa bagi bahagian Majikan (apa-apa jumlah) untuk MENINGKATKAN Anuiti SPK (anuiti akan lebih tinggi berbanding tiada pembayaran balik).


Tiada Pembayaran Balik

Ahli dibolehkan untuk tidak membayar balik bahagian Majikan dan Ahli akan menerima Anuiti yang DIKURANGKAN.

Perkara yang awda perlu tahu mengenai pembayaran balik


Pembayaran balik boleh dibuat selewat-lewatnya sebulan sebelum Ahli mencapai umur 60 tahun.


Pembayaran balik hanya boleh dibuat SEKALI SAHAJA ke dalam Akaun Persaraan SPK.

Ahli boleh memilih kaedah berikut untuk membuat pembayaran balik ke dalam Akaun Persaraan:


Pembayaran serta merta semasa permohonan TAP 55 tahun.

Ahli boleh menyatakan jumlah pembayaran balik untuk bahagian Majikan (penuh atau separa) dalam borang permohonan semasa Ahli membuat pengeluaran TAP 55 Tahun. Pihak TAP akan menolak secara automatik jumlah pembayaran balik yang dinyatakan daripada jumlah baki Akaun TAP. Baki akaun selebihnya akan dimasukkan ke dalam akaun bank Ahli.


Pembayaran separa atau jumlah yang penuh secara keseluruhan (lump sum) ke dalam Akaun Persaraan melalui caruman sukarela pada bila-bila masa sebelum Ahli berumur 60 tahun.

Ahli hanya boleh membuat pembayaran balik ke dalam Persaraan Akaun sekali sahaja. Setelah pembayaran balik telah dibuat ke dalam Akaun Persaraan, Ahli tidak akan boleh menambah bayaran balik.