Siapakah Ahli SPK Silver Generation?
Ahli yang berada di dalam kategori umur 50 - 59 sebelum tarikh pelaksanaan SPK.
Ahli yang berumur 50 tahun sebelum 15 Julai 2023 (lahir di antara Januari dan 14 Julai 1973).
Ahli yang berumur 55 tahun selepas tarikh pelaksanaan (lahir di antara 15 Julai and 31 Disember 1968).
Ahli yang sudah berumur di antara 56-59 tahun sebelum atau selepas tarikh pelaksanaan tetapi belum membuat Pengeluaran TAP 55 Tahun.

Ahli SPK Silver Generation
Apakah borang persetujuan?
Apabila Ahli telah menandatangi borang persetujuan untuk pindah ke SPK sebelum tarikh pelaksanaan, ia bermaksud Ahli bersetuju untuk menyertai skim tersebut secara serta merta.
Apabila Ahli memilih untuk tidak membuat Pengeluaran TAP 55 Tahun selepas tarikh pelaksanaan dan menandatangani borang persetujuan untuk menyertai SPK sebelum sempat membuat Pengeluaran TAP 55 Tahun.
Apabila Ahli telah mengeluarkan Pengeluaran TAP 55 Tahun setelah mencapai umur 55 tahun.

Menyertai Skim SPK
Ahli yang berada di dalam kategori 50 -59 tahun yang tidak membuat pengeluaran 100% bagi Pengeluaran TAP 55 Tahun dan memilih untuk menyertai skim SPK serta merta pada tarikh pelaksanaan SPK.
Caruman bagi Ahli SPK Silver Generation
Caruman bagi Ahli SPK Silver Generation yang memilih untuk menyertai SPK serta merta pada tarikh pelaksanaan atau sebelum mencapai umur 55 tahun adalah sama seperti Ahli SPK biasa.
Manfaat bagi Ahli SPK Silver Generation
Manfaat bagi Ahli SPK Silver Generation yang memilih untuk menyertai SPK serta merta pada tarikh pelaksanaan atau sebelum mencapai umur 55 tahun adalah sama seperti Ahli SPK biasa.
Menangguhkan Skim SPK
Ahli yang menangguhkan penyertaan ke SPK akan terus berada di dalam skim TAP dan SCP sehingga Ahli mengeluarkan Pengeluaran TAP 55 Tahun.
Caruman bagi Ahli SPK Silver Generation yang Menangguhkan Skim SPK
Caruman bagi Ahli SPK Silver Generation yang memilih untuk menangguhkan SPK sehingga umur 55 tahun dan membuat Pengeluaran TAP 55 Tahun akan ditadbir mengikut Akta TAP dan SCP.

Kadar Caruman
Selanjutnya


Struktur Caruman
Selanjutnya

Pembayaran Balik Caruman
Selanjutnya

SPK Silver Generation (Age 50 - 55) Repayment Form
Selanjutnya
Manfaat bagi Ahli SPK Silver Generation yang Menangguhkan Skim SPK
Manfaat bagi Ahli SPK Silver Generation yang memilih untuk menangguhkan SPK sehingga umur 55 tahun dan membuat Pengeluaran TAP 55 Tahun akan ditadbir mengikut Akta TAP dan SCP.

Manfaat TAP & SCP
Selanjutnya
