Penangguhan Skim Persaraan Kebangsaan 

Silver Generation (Umur 50-59)

Tambah Simpanan Awda

Ketahui lebih lanjut tatacara untuk menambah simpannan awda di dalam Akaun TAP & SCP.

Bagaimana saya boleh tambah simpanan dalam Akaun TAP & SCP?


Ahli yang menangguhkan penyertaan ke SPK boleh meningkatkan simpanan akaun TAP dan SCP denagn membuat caruman sukarela.


Caruman sukarela ialah caruman lebih yang dibuat oleh Ahli selain daripada jumlah caruman mandatori.


Kenapa saya perlu menyimpan lebih?


Ahli yang menangguhkan penyertaan ke SPK boleh meningkatkan simpanan akaun TAP dan SCP: 

  • Untuk meningkatkan jumlah simpanan untuk Pengeluaran TAP 55 Tahun apabila mereka mencapai 55 tahun - untuk mencapai matlamat pra-persaraan.

  • Ahli yang menangguhkan penyertaan ke SPK boleh menggunakan simpanan tersebut untuk meningkatkan Anuiti SPK sekiranya Ahli memilih untuk membuat pembayaran balik bahagian Majikan selepas membuat Pengeluaran TAP 55 Tahun.


Proses Caruman Sukarela

Caruman sukarela akan dimasukkanke dalam akaun TAP dan/atau SCP.


Kadar Caruman Sukarela

Tiada jumlah minimum atau maksimum untuk caruman sukarela ke dalam akaun TAP dan SCP.

Caruman Sukarela yang dibuat oleh Majikan

Caruman sukarela yang dibuat bagi pihak Ahli melalui Majikan akan dimasukkan ke dalam akaun SCP secara automatik.


Caruman Sukarela yang dibuat oleh Ahli

Caruman sukarela yang dibuat oleh Ahli sendiri sama ada melalui Kaunter TAP atau pembayaran dalam talian akan dimasukkan ke dalam akaun TAP dan/atau SCP seperti yang telah diarah semasa pembayaran.

Bagaimana membuat caruman sukarela?



Tambah caruman daripada gaji (melalui Majikan)

Melalui pembayaran dalam talian atau perbankan mudah alih/internet

Di Kaunter TAP yang terdekat

Tatacara Menambah Simpanan Awda Secara Dalam Talian


Ahli digalakkan untuk menggunakan fasiliti perbankan mudah alih untuk membuat caruman sukarela.

Langkah 1

Log masuk ke dalam Perbankan Mudah Alih
Pastikan bank yang digunakan mempunyai pilihan Tabung Amanah Pekerja sebagai pilihan institusi untuk pembayaran. Jika ada, log masuk ke perbankan mudah alih awda.


Langkah 2

Pilih Bill Payment melalui Perbankan Mudah Alih

Pilih Bill Payment dan pilih Tabung Amanah Pekerja sebagai penerima pembayaran.

Langkah 3

Masukkan butiran Pembayaran
Masukkan nombor Akaun SPK dan jumlah pembayaran untuk caruman sukarela.


Langkah 4

Lengkapkan Pembayaran


Pastikan butiran pembayaran dan penerima adalah betul. Tekan 'Submit' untuk melengkapkan pembayaran.


Soalan-soalan lazim

Ya, kedua-dua Ahli dan Majikan boleh membuat caruman sukarela, yang akan dikreditkan ke akaun TAP dan SCP awda.

Caruman sukarela yang dibuat oleh Ahli sendiri sama ada melalui Kaunter TAP atau pembayaran dalam talian akan dimasukkan ke dalam akaun TAP dan/atau SCP seperti yang telah diarah semasa pembayaran.

Caruman sukarela yang dibuat bagi pihak Ahli melalui Majikan akan dimasukkan ke dalam akaun SCP secara automatik.

Tiada jumlah minimum atau maksimum bagi caruman sukarela ke dalam akaun TAP dan SCP.