Skim Persaraan Kebangsaan (SPK)

Kadar Caruman Ahli

Ketahui lebih lanjut mengenai kadar caruman bagi Ahli SPK.

Apakah Akaun Ahli SPK?


​Akaun Ahli ialah sebuah akaun dimana caruman Ahli termasuk caruman sukarela daripada Ahli dan Majikan dimasukkan dan disimpan.



Kadar Caruman


8.5% daripada gaji pokok setiap bulan.


Apakah definisi gaji dan ganjaran yang boleh dicarumkan?

Upah adalah imbuhan dalam bentuk wang yang perlu dibayar kepada Pekerja untuk kerja yang telah dilaksanakan. Ini termasuk, antara lain, gaji pokok. Bagi Pekerja yang tidak menerima gaji pokok, ia merupakan sebarang ganjaran yang diterima sebagai gaji bagi pekerjaan yang telah dilaksanakan, seperti elaun, elaun perantis, komisen, atau yuran pengarah.

Apa yang boleh awda buat dengan caruman di dalam Akaun Ahli SPK?

Tertakluk kepada kelayakan pengeluaran,Ahli boleh membuat pengeluaran bagi pengeluaran skim berikut untuk kegunaan sebelum persaraan.



Soalan-soalan Lazim

Under SPK scheme, contributions from both the Member and Employer are allocated as follows:

Di bawah SPK, caruman daripada Ahli dan Majikan dicarumkan seperti berikut: Akaun Ahli:

Caruman mandatori Ahli dan sebarang caruman sukarela daripada Ahli dan Majikan dicarumkan ke dalam Akaun Ahli. Caruman Ahli ditolak daripada gaji pokok dan dianggap sebagai simpanan hak Ahli.

Pekerja (Awda)  Caruman sebanyak 8.5% sebulan daripada gaji  masuk ke dalam Akaun Ahli SPK

Akaun Persaraan: Akaun Persaraan terdiri daripada caruman daripada semua Majikan, termasuk Ahli Bekerja Sendiri, serta caruman daripada caruman Kerajaan dan Match-Up Kerajaan. Akaun Persaraan beroperasi sama seperti Skim Pencen Kerajaan dan dibiayai oleh caruman mandatori daripada Majikan beserta dengan bantuan tambahan daripada Kerajaan.

Majikan  Caruman mengikut kadar yang ditetapkan  masuk ke dalam Akaun Persaraan SPK

Jumlah caruman adalah berdasarkan gaji pokok sahaja.

Pengiraan Caruman:

Caruman daripada awda ialah $1,000.00 x 8.5% = $85.00  Akaun Ahli

Caruman daripada Majikan awda ialah $1,000.00 x 10.5% = $105.00  Akaun Persaraan

Gaji awda akan berdasarkan komisen yang diterima kerana awda tidak mempunyai gaji pokok.

Pengiraan Caruman:

Caruman daripada awda ialah $400.00 x 8.5% = $34.00  Akaun Ahli 

Caruman daripada Majikan awda ialah $57.50 (kadar caruman minimum)  Akaun Persaraan

Contribution from your Employer is $57.50 (the minimum contribution rate)  Retirement Account

Jenis-jenis imbuhan yang TIDAK wajib dimasukkan sebagai gaji di bawah SPK adalah seperti berikut:

- Bonus

- Kenaikan gaji secara kebelakangan

- Elaun Memangku

- Elaun Khas

- Elaun Sara Hidup

- Elaun Lebih Masa

- Elaun Perumahan

- Elaun Perubatan

- Elaun Kemudahan

- Elaun Perjalanan

- Pembayaran bekalan makanan, bahan api, elektrik dan air

- Bayaran Ganjaran (Baksis)

- Caj Perkhidmatan

- Faedah pemberhentian, pemberhentian pekerja atau penamatan kerja

- Perbelanjaan yang tidak dijangka dari jenis pekerjaan
- Bayaran Caruman kepada Dana Pencen atau Tabung Dana


Jika awda tidak pasti mengenai jenis imbuhan, awda boleh menghantar e-mel kepada kami melalui enforcement@tap.com.bn