Apakah Manfaat Keberterusan?
Dana Perlindungan Keberterusan
1/7 dari simpanan SCP awda akan disimpan khusus untuk Dana Perlindungan Keberterusan yang mana manfaat dana tersebut akan melindungi balu dan/atau anak yang kematian sumber nafkah.
Terdapat dua jenis manfaat bagi waris atau tanggungan Ahli apabila Ahli meninggal dunia sebelum Ahli dapat membuat Pengeluaran TAP 55 Tahun:
Simpanan akaun TAP dan SCP akan dibayarkan kepada waris Ahli mengikut Hukum Syara' atau wasiat.
Manfaat Keberterusan akan dibayarkan kepada tanggungan Ahli yang layak menerima.
Sekiranya Ahli yang menangguhkan meninggal dunia sebelum mengeluarkan Pengeluaran TAP 55 Tahun
Tanggungan Ahli akan dilindungi oleh dana dari Manfaat Keberterusan.
Manfaat Turunan memberikan manfaat keapda tanggungan Ahli yang berkelayakan untuk membantu meringankan beban tanggungan disebabkan kematian Ahli.
Sekiranya tiada tanggungan yang layak menerima manfaat, baki Manfaat Turunan akan dibayarkan secara keseluruhan (lump sum) kepada waris.
Tanggungan yang Layak
Isteri yang belum berkahwin semula
Anak yang berumur di bawah 21 tahun dan belum berkahwin
Ibu bapa kepada Ahli yang belum berkahwin
Memahami Garis Masa Manfaat Keberterusan
Sekiranya Ahli Meninggal Dunia Sebelum Membuat Pengeluaran TAP 55 Tahun:
Tempoh menerima Manfaat Keberterusan: 15 years.
Jumlah:$400 sebulan diterima dan dibahagikan diantara tanggungan.
Kelayakan Tanggungan: Jumlah manfaat sebanyak $400 untuk tanggungan jika Ahli telah mencarum 3 bulan kebelakangan sebelum meninggal dunia.
Umur Meninggal Dunia
55
Tahun
selama 15 tahun
Contoh senario tanggungan:
Apabila Ahli yang meninggal dunia meninggalkan balu dan anak yang berumur di bawah 21 tahun, manfaat $400 akan dibahagikan sama rata, separuh diberikan kepada balu dan separuh akan diberikan kepada anak.
Apabila Ahli yang meninggal dunia meninggalkan balu dan lebih daripada seorang anak yang berumur di bawah 21 tahun, manfaat $400 akan dibahagikan sama rata, separuh diberikan kepada balu dan separuh akan dibahagikan diantara anak-anak - sekiranya mempunyai anak yang berumur di atas 21 tahun atau telah berkahwin, bahagian anak tersebut akan diberikan kepada anak-anak masih layak menerima.
Apabila Ahli yang meninggal dunia meninggalkan balu dan balu tersebut telah berkahwin semula, dan mempunyai anak-anak di bawah 21 tahun, manfaat $400 akan dibahagikan sama rata diantara anak-anak sahaja.
Soalan-soalan lazim
Sekiranya tidak ada tanggungan yang layak menerima manfaat lagi sebelum mencapai tempoh 15 tahun, baki manfaat akan dibayarkan kepada waris Ahli secara keseluruhan mengikut Pejabat Probet.
Tidak, syarat kelayakan bagi anak kepada Ahli yang meninggal dunia untuk menerima manfaat tersebut hendaklah berumur di bawah 21 tahun dan belum berkahwin.